Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lan.co.ngan] | ڤلنچوڠن

Definisi : 1. perihal melancong: dlm ~ itu kami sempat menikmati keindahan Kebun Raya Bogor; 2. perihal orang me­lancong dan perkhidmatan yg berkaitan dengannya: menggalakkan perusahaan ~ di negara ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.co.ngan] | ڤلنچوڠن

Definisi : hal-hal mengenai urusan melancong; perbuatan melancong; perjalanan utk bersenang-senang atau utk melihat-lihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancong
Kata Terbitan : melancong, pelancongan, pelancong,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELANCONGAN UMUM 
AGENSI PELANCONGAN

Agensi pelancongan ialah perniagaan yang

membantu mengatur perjalanan dan percutian

orang ramai dengan menguruskan hal-hal yang

berkaitan dengan pemergian mereka. Agensi

pelancongan membuat tempahan bilik hotel dan

pengangkutan serta mengatur perjalanan untuk

melihat tempat-tempat yang menarik. Agensi ini

juga menawarkan panduan bagi pelanggannya

untuk memperoleh pasport dan visa yang

diperlukan untuk melancong ke luar negara.

Agensi pelancongan juga memberikan maklumat

tentang undang-undang dan peraturan sesebuah

negara kepada pelanggannya. Agensi ini

mengatur pelancongan untuk orang

perseorangan atau secara berkumpulan.

UMUM 
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Pelancongan Malaysia), agensi yang bertanggungjawab untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
RENO

Reno (pend. 133 850; pend. kaw. met. 254 667)

ialah pusat pelancongan utama bagi pelancongan

dan bandar kedua terbesar di Nevada, Amerika

Syarikat. Hanya Las Vegas mempunyai penduduk

yang lebih ramai daripadanya. Reno terletak di

Sungai Truckee di barat Nevada di kaki

Pergunungan Sierra Nevada.

UMUM 
PUSAT PELANCONGAN MALAYSIAKompleks tempat kegiatan seni dijalankanKESENIANInstitusi/Organisasi
SIPADANPulau pelancongan di luar pantai Semporna, Sabah.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PULAU PERHENTIANSalah satu pulau pelancongan terkenal di Malaysia.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TOUR DE LANGKAWISukan berbasikal yang menggabungkan pelancongan di Malaysia.SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
OUDTSHOORN

Oudtshoorn (pend. 33 480) ialah sebuah

kawasan pelancongan yang terletak di provinsi

Cape Barat, Afrika Selatan. Oudtshoorn dikenali

sebagai “ibu negeri bulu burung unta sedunia”.

Dari tahun 1880 hingga tahun 1915, memakai bulu

burung unta sebagai hiasan topi dan pakaian telah

menjadi fesyen di seluruh dunia. Pada zaman

kegemilangan ini, peladang tempatan memelihara

lebih daripada 750 000 ekor burung unta. Kini,

terdapat kira-kira 150 000 ekor burung ini yang

dipelihara terutamanya untuk mendapatkan

kulitnya yang dijadikan barangan kulit. Kini,

peladang di daerah ini menanam alfalfa, bijirin,

buah-buahan, tembakau, biji sayur-sayuran, dan

walnut. Hasil tenusu, madu dan wain juga penting.

UMUM 
TA'IF

Ta‘if adalah salah sebuah bandar di Arab Saudi

yang menjadi destinasi pelancongan terkenal di

kalangan penduduk tempatan. Ia juga merupakan

kawasan kediaman keluarga diraja Arab Saudi dan

pusat seminar kebangsaan yang diadakan di dalam

negeri.

UMUM 
1234

Kembali ke atas