Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelantikan perlantikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan perkataan di bawah, yang manakah betul dripada hukum tatabahasa 1. meniaga- berniaga 2.panitia- panatia 3.pelantikan-perlantikan Terima kasihPerkataan yang betul ialah 1. berniaga 2. panitia 3. pelantikanEjaan06.02.2014
imbuhan pe dan per di hadapan kata 'lantik' dan 'letak'. (pelantikan/perlantikan) (perletakan/peletakan). Bagaimana hendak membezakan penggunaan imbuhan pe dan per. terima kasih..

Awalan pe- mempunyai dua penanda makna, iaitu penanda makna orang atau benda yang mengalami perbuatan kata dasar atau keadaan. Contoh, petinju. Yang kedua,  penanda makna orang yang melakukan kerja yang terkandung dalam maksud kata dasar. Contohnya, pekebun atau petani . Manakala awalan per- berfungsi sebagai penanda makna alat atau tempat. Contohnya, perasap. Kedua, penanda makna orang yang melakukan kerja. Contohnya,  perburu -orang yang berburu.

Oleh itu, ejaan yang betul untuk kata "lantik" dan "letak" ialah pelantikan/peletakan.  Kata "pelantikan" ialah orang yang dilantik, manakala kata "peletakan" ialah orang meletakkan jawatan/gelaran dan sebagainya. Sdr dinasihat agar merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan DBP.

Tatabahasa12.02.2009
Assalamualaikum wbt, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan [pelantikan] dan [perlantikan]. Adakah penggunaan perkataan [perlantikan] sama maknanya dengan pelantikan atau perkataan [perlantikan] tidak boleh diguna pakai untuk tujuan melantik seseorang untuk memegang jawatan tertentu? Contoh : Pelantikan sebagai pentaksir sekolah ATAU Perlantikan sebagai pentaksir sekolah?

Kata terbitan yang betul ialah pelantikan, lazimnya kata terbitan daripada me-... seperti melantik menjadi peN-...-an, seperti pelantikan. Ayat yang betul: Pelantikan sebagai pentaksir sekolah.

Tatabahasa06.05.2011
salam... apa beza pelantikan dan perlantikan.... sekiranya kita ingin melantik seseorang adakah kita gunakan perkataan pelantikan atau perlantikan????Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan.Tatabahasa27.02.2013
Perlantikan atau pelantikan mana satu yang betul? Kenapa?Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.Tatabahasa29.03.2013
pelantikan atau perlantikanpelantikanEjaan16.10.2014
Assalamualaikum. Mohon terangkan perbedaan "perlantikan" dengan "pelantikan" Didahului dengan ucapan terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.Tatabahasa13.02.2013
Sila beri maklum-balas mengenai ejaan mana satu yang betul: "perlantikan" atau 'pelantikan". Terima kasihKata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.Tatabahasa18.07.2013
sila beri maklum-balas mengenai ejaan nama satu yang betul: "perlantikan" dan "pelantikan" Terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan.Tatabahasa18.07.2013
SILA BERIKAN SAYA EJAAN PELANTIKAN YANG BRTUL SAMA ADA - PERLANTIKAN ATAU PELANTIKANKata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan.Ejaan12.01.2014
1234

Kembali ke atas