Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.po.ran] | ڤلاڤورن

Definisi : perihal (tindakan) melaporkan (mengadukan, memberitahukan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lapor
Kata Terbitan : melaporkan, laporan, pelaporan, pelapor,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
LAPORAN PENGURUSAN PEROLEHAN TAHUN 2019 BAGI TUJUAN PELAPORAN "KE" MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA) KPLB BILANGAN 1 TAHUN 2019 Mohon nasihat sama ada penggunaan perkataan ke di atas adalah betul atau tidak?Ayat yang lebih sesuai: LAPORAN PENGURUSAN PEROLEHAN TAHUN 2019 BAGI TUJUAN PELAPORAN DALAM MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN (JPKA) KPLB BILANGAN 1 TAHUN 2019.Lain-lain10.04.2019
Salam sejahtera.. Saya mempunyai pertanyaan mengenai penggunaan antara dan di antara. Adakah penggunaan istilah di antara dalam ayat ini betul kerana setahu saya di antara hanya wujud untuk perbandingan fizikal dan tempat. Kajian kes pelaporan berita jenayah di antara akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian atau Kajian kes pelaopran berita jenayah antara akhabar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Terima kasihKata sendi nama antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh penggunaannya Mereka berbincang antara adik-beradik. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Contohnya,  Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Kajian kes pelaporan berita jenayah antara akhbar Utusan Malaysia dengan Berita Harian...".Tatabahasa08.04.2014
1.Apakah yang di maksudkan sistem pemantauan dalam kejurulatihan? 2. Kesan negatif dan positif sistem pemantauan dalam kejurulatihan(MENTORING SYSTEM)?Sistem pemantauan tersebut meliputi pengurusan, penyelarasan, pengawalan ,pelaporan keatas Jurulatih. Kesan positif ialah pelaksanaan nya dapat ditadbir dan diurus dengan baik dan prestasi mereka dapat di tingkatkan. Kesan negatif ketidakselesaan dipihak Jurulatih kerana setiap aktiviti nya sentiasa dipantau.Lain-lain22.08.2007
Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihat tuan/puan bagi istilah yang sesuai untuk 'Notified Body' atau'Notification Body' dalam Bahasa Malaysia. Notified body membawa maksud - Notified Body is one that a national government appoints to oversee the operation of specific aspects of a Directive.Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "notified body" atau "notification body". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk notification ialah pemberitahuan atau pelaporan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Badan Pelaporan atau Badan Pemberitahuan.Istilah13.07.2012

Kembali ke atas