Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg berlari (dlm sukan dll), orang yg melarikan diri; ~ pecut orang yg berlumba lari pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; binatang ~ binatang yg kuat berlari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang yg berlari (dlm sukan dll). 2 orang yg lari. 3 orang yg melarikan cukai dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lari
Kata Terbitan : berlari, selari, menyelarikan, keselarian, melarikan diri, larian, pelarian, pelari,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pelari itu terjatuh apabila hampir tiba di/kr garisan prnamat. tq

Ayat yang betul ialah pelari itu terjatuh apabila hampir tiba ke garisan penamat.

Lain-lain12.06.2010
Saya telah membaca novel Pelari Muda Edisi Pelajar (2014). Saya dapati ada kekeliruan dari segi latar masa. Novel ini menceritakan tentang Sukan SEA yang ke-14 di Bangkok (berlaku sekitar tahun 1985) tetapi dalam bab akhir menceritakan tentang kontijen Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Bukankah nampak ketara perbezaan latar masa di situ? KLIA mula beroperasi pada tahun 1998. Lagi pun jalan cerita dalam novel ini menunjukkan tahun-tahun 1980-an.Salam. Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Pihak kami akan berbincang dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tentang kekeliruan dari segi latar masa dalam novel tersebut sebelum pihak kami mengambil tindakan selanjutnya. Sekian terima kasih.Lain-lain06.01.2015
Dalam ayat berikut, betulkah frasa "kirakan jangkaan masa akhirnya"? Atau sepatutnya "kirakan masa akhir jangkaannya"? Sekiranya pelari lorong ketiga membuat larian 200 m dengan kelajuan yang seragam, kirakan jangkaan masa akhirnya. Terima kasihFrasa yang betul ialah "kirakan jangkaan masa akhirnya".Tatabahasa06.08.2014
Mohon penjelasan terjemahan bagi istilah "baton". Saya dapati terjemahan Khidmat Tesaurus atas talian DBP bagi istilah tersebut ialah 'baton', sedangkan terjemahan ke bahasa Melayu dalam Kamus atas talian Dr Bhanot's ialah 'cota'. Dalam hal penggunaan bahasa terjemahan, saya lebih cenderung untuk mengurangkan penggunaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Boleh saya tahu kenapa DBP tidak menggunakan 'cota' sebagai terjemahan untuk istilah 'baton'? Terima kasih.Baton bermaksud (i) kayu pendek yang diawa dan diserahkan oleh seorang pelari kepada pelari yang lain dalam pertandingan lari berganti-ganti; (ii) tongkat kecil yang digunakan oleh pemimpin orkestra untuk memberi arahan kepada pemuzik. manakala cota ialah kayu pendek dan berat yang digunakan sebagai senjata, belantan dan martil.Makna19.07.2009
Minta bantuan untuk alih bahasa kepada bahasa melayu seperti contoh dilampiran.Cadangan terjemahan kami, Runners kept left kepada "pelari di sebelah kiri" dan walkers keep right kepada "pejalan kaki di sebelah kanan". Sila semak kesahihan frasa tersebut.Penyemakan dan penterjemahan10.11.2014

Kembali ke atas