Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg berlari (dlm sukan dll), orang yg melarikan diri; ~ pecut orang yg berlumba lari pd jarak dekat dgn kadar yg terpantas; binatang ~ binatang yg kuat berlari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang yg berlari (dlm sukan dll). 2 orang yg lari. 3 orang yg melarikan cukai dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lari
Kata Terbitan : berlari, selari, menyelarikan, keselarian, melarikan diri, larian, pelarian, pelari,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SNELL, PETER

Snell, Peter (1938– ), salah seorang pelari

jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962,

dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara

lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela

(1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3

saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik

sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas

untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter

kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada

sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara

800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake,

di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada

bidang olahraga pada tahun 1965.

UMUM 
NURMI, PAAVI JOHANNES

Nurmi, Paavi Johannes (1897–1973) ialah

pelari Finland yang memenangi sembilan pingat

emas Olimpik dan mencatatkan 29 rekod dunia

bagi lebih daripada 16 larian jarak jauh secara

berasingan.

UMUM 
M.RAJAMANI, DATO'

M. Rajamani, Dato’ (1943-  ), pelari pecut jarak sederhana dan wanita pertama menerima anugerah Olahragawati Kebangsaan.

SUKANTokoh
SOFBOL

Sofbol ialah permainan yang popular yang

dimainkan oleh lebih daripada 30 juta orang di

seluruh dunia. Sofbol hampir sama dengan besbol,

tetapi peraturan bagi kedua-dua sukan itu berbeza

dalam beberapa aspek. Pembalingan untuk sofbol

mestilah dibuat secara underhand (bawah), dan

pelari garisan belakang mesti menanti di garisan

belakang sehingga pembaling melepaskan bola.

Sofbol hanya memerlukan ruang dan peralatan

yang sedikit, dan setiap perlawanan kawalan cuma

memerlukan tujuh ining dan tidak sembilan seperti

besbol.

UMUM 
MUMTAZ JAAFAR

Mumtaz Jaafar (1962– ), atlet Malaysia. Dia lahir

pada tahun 1962 di Kuala Lumpur. Kerjaya awalnya

ialah pegawai bank. Dia banyak memegang jawatan

utama dalam organisasi sukan olahraga, antaranya

Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia

(KOAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan

Wanita KOAM. Dia kini, menjadi jurulatih khas

untuk pelari pecut negara, Watson Nyambek.

Penglibatan awal Mumtaz dalam sukan olahraga

terutamanya dalam acara lari 100 meter, 200 meter,

4 x 100 meter, dan 4 x 400 meter, bermula

dengan menyertai kejohanan-kejohanan anjuran

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS)

dan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

(MSSM). Namanya terus menyinar apabila banyak

meraih kejuaraan tempatan, antaranya juara

Kejohanan Terbuka Kebangsaan, Kejohanan Antara

Bank, dan Kejohanan MAKSAK.

UMUM 

Kembali ke atas