Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.rut] | ڤلاروت

Definisi : benda (biasanya cairan spt air dll) yg boleh melarutkan benda-benda yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.rut] | ڤلاروت

Definisi : benda (biasanya cecair) yg dpt melarutkan benda lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelarut


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
pengelusicecair yg digunakan sbg pelarut dlm proses elusiKamus Dewan Perdana
elusiproses mengekstrak bahan, biasanya pepejal, drp campuran bahan dgn menggunakan cecair atau pelarutKamus Dewan Perdana
etercecair yg boleh meruap dan amat mudah terbakar, mempunyai bau manis spt buah, digunakan sbg pelarut dan sbg ubat bius. Formula: C₂H₅OC₂H₅Kamus Dewan Perdana
etanolcecair tidak berwarna dan mudah terbakar yg dihasilkan drp petroleum atau penapaian karbohidrat dan digunakan sbg pelarut. Formula: C₂H₅OHKamus Dewan Perdana
etanolaminasebarang sebatian organik berbentuk cecair likat, tidak berwarna, berbau spt ammonia, dan larut campur dlm air, aseton dan metanol, biasanya digunakan sbg pelarut, utk membuat detergen, cat emulsi dan penggilap. Formula: NH₂(CH₂)₂OHKamus Dewan Perdana
etil asetatcecair dlm kumpulan ester yg berbau manis spt buah, tidak berwarna, mudah meruap dan mudah terbakar, diperoleh drp pengesteran asid asetik dgn etanol, digunakan dlm minyak wangi dan bahan perasa, serta sbg pelarut. Formula: CH₃COOC₂H₅Kamus Dewan Perdana

Kembali ke atas