Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.rut] | ڤلاروت

Definisi : benda (biasanya cairan spt air dll) yg boleh melarutkan benda-benda yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.rut] | ڤلاروت

Definisi : benda (biasanya cecair) yg dpt melarutkan benda lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelarut


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELARUT UMUM 
KLOROFORM

Kloroform ialah sejenis cecair pekat tanpa

warna yang digunakan sebagai pelarut dalam

menghasilkan farmaseutikal, pencelup, dan racun

serangga. Kloroform juga digunakan sebagai

bahan awal untuk menghasilkan fluorokarbon (lihat

Fluorokarbon).

UMUM 
MINYAK MINERAL

Minyak mineral ialah cecair yang jernih, tidak

berwarna, dan berminyak yang hampir tiada rasa

atau bau. Ia juga dinamakan parafin cecair,

petrolatum cecair, minyak mineral putih, dan

minyak parafin putih . Minyak mineral digunakan

dalam sediaan ubatan dan kosmetik seperti julap

dan tonik rambut. Ia juga digunakan sebagai pencair

(pelarut) dalam pembuatan plastik, dan sebagai

pelincir dalam operasi perindustrian. Minyak

mineral diperoleh apabila pecahan (bahagian yang

diasingkan) petroleum dididihkan pada 316C

hingga 399C.

UMUM 
AMINA

Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah

yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya.

Ahli kimia membentuk amina dengan

menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom

hidrogen pada ammonia dengan mana-mana

kumpulan struktur organik yang mengandungi

karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh

asid, amina membentuk garam (lihat Garam;

Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai

pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci,

pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem

fotograf, dan perencat karat.

UMUM 
RESIN

Resin ialah salah satu kelas bahan semula jadi

yang digunakan untuk membuat varnis, ubat-ubatan,

sabun, cat dan kegunaan lain. Penggunaan

resin semula jadi sebahagian besarnya telah

digantikan dengan resin sintetik (lihat Resin,

Sintetik ). Resin semula jadi boleh dibahagikan

kepada tiga kumpulan utama: (1) resin yang

mengalir dari pokok apabila pokok itu dilukakan

atau dipotong; (2) resin yang diekstrak dari kayu

dengan menggunakan pelarut; dan (3) resin fosil

yang dijumpai terpelihara bersama dengan

tinggalan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sejenis

serangga skel yang dijumpai pada pokok acacia

juga mengeluarkan resin, dikenali sebagai lak .

UMUM 
SAMARIUM

Samarium ialah unsur kimia dengan simbol Sm.

Ia adalah satu daripada logam nadir bumi. Nombor

atomnya ialah 62 dan berat atomnya ialah 150.36.

Ketumpatannya ialah 7.536 gram per sentimeter

padu pada 25 ° C (lihat Ketumpatan ). Ia dinamakan

sempena nama jurutera Rusia Kolonel Samarski.

Paul Émile Lecoq de Boisbaudran dari Perancis

menemui samarium pada tahun 1879. Samarium

paling baik dipisahkan daripada lain-lain nadir bumi

melalui proses pertukaran ion atau proses ekstraksi

pelarut. Samarium berwarna perak dan mengoksida

dengan perlahan dalam udara. Oksida biasa, Sm 2 O 3 ,

berwarna kuning pucat dan larut dengan cepat

dalam kebanyakan asid. Logam ini melebur pada

1074 ° C dan mendidih pada 1794 ° C. Aloi samarium

dan kobalt adalah bahan magnet yang sangat baik

dan mempunyai banyak kegunaan komersial.

Lihat juga Bumi nadir; Unsur kimia.

UMUM 
KETERLARUTAN

Keterlarutan ialah kuantiti maksimum zat terlarut yang larut dalam isi padu tertentu pelarut pada suhu tertentu.

KIMIAProses/Tindak Balas
NAFTA

Nafta ialah mana-mana cecair yang hanya terdiri

daripada atom hidrogen dan karbon yang mendidih

di bawah 200°C. Nafta yang diperoleh semasa

penapisan petroleum dicampurkan untuk membuat

petrol. Sesetengah jenis nafta digunakan untuk

melarutkan getah dan untuk mencairkan cat dan

varnis. Yang lain digunakan sebagai bahan

pembersih dan sebagai bahan dalam pembuatan

gas artifisial. Nafta boleh dihasilkan apabila tar batu

arang, iaitu bahan melekit yang dibuat daripada

batu arang lembut disuling. Nafta tar batu arang

digunakan sebagai bahan pelarut dan dalam

pembuatan rebin sintetik (artifisial). Nafta tulen

mudah meletup apabila terdedah kepada api.

UMUM 

Kembali ke atas