Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (pélat) 1. kurang betul mengucapkan kata-kata, telor: orang Cina itu pandai benar berbahasa Melayu, tidak ~ sedikit pun; 2. cara atau gaya tertentu mengucapkan kata­kata: dia berbahasa Melayu ~ Kedah; ~ Kelantan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jarum penyemat, peniti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /pélat/ 1 tidak dpt menyebut sesuatu perkataan dgn betul; telor: Pandai betul dia bercakap Melayu, tidak ~ sedikit pun. 2 cara menuturkan sesuatu perkataan di daerah-daerah tertentu: Dia bercakap Melayu ~ Kedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELAT-S UMUM 
RANGKAP BEBAS

Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak

mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi.

Dalam penulisan rangkap bebas, penyair

mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola

irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan

panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan

bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan

menggunakan tempat berhenti yang ganjil di

penghujung setiap rangkap. Mereka juga

menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan

skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap

bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap

menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi

dan ulangan.

UMUM 
ISHAK HAJI MUHAMMAD, DATO'

ISHAK HAJI MUHAMMAD, Dato’ (1909-1991), sasterawan dan wartawan. Dia lahir pada 24 September 1090 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Temerloh, Pahang. Semasa kecil, dia dinamakan Awang Ahmad bin Haji Haji Muhammad. Dia juga dikenal dengan nama Pak Sako. Pak Sako adalah nama samaran yang paling popular yang digelar oleh orang Jepun yang menyebut “Ishak” dengan pelat “Isako”. Nama pena Ishak yang lain ialah Isako San, Anuar, Hantu Raya, Tok Siak, Pak Pandir Moden, dan Nenek Kebayan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas