Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.wa/] | ڤلاوق

Definisi : 1. orang yg suka membuat kelakar (lawak dsb); 2. tukang lawak; 3. Kl orang yg pembohong (tidak bercakap betul). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.wa/] | ڤلاوق

Definisi : 1 orang yg suka berjenaka atau suka membuat kelakar. 2 orang yg kerjanya berlawak; tukang lawak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelawak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Adik tersenyum (tajam) apabila melihat telatah pelawak itu. (b) Sepakan yang (tajam) oleh pemain itu mengenai tiang gol. (c) Kakak menyiram pokok bunga matahari yang sudah (luntur) itu. (d) Kemarau panjang yang melanda di kampung itu menyebabkan air sungai itu (luntur). (e) Kebanyakan remaja itu suka menghabiskan masa lapang mereka di (lubang) Tasik Biru. (f) Anita telah mendapat (tapak) dalam pasukan bola jaring sekolahnya. (g) Mata Maru menjadi (keras) selepas bangun daripada tidur. (h) Pak Uteh (mengisi) sawah itu dengan benih padi yang baru dipindah dari tapak semaian. (i) Ayah (mengisi) lubang itu untuk menanam sampah sarap.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
Apakah perbezaan antara perkataan peranan dan fungsi? Dari segi istilah, definisi dan contoh.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, “peranan” bermaksud pemain sandiwara, pelawak; bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yang dipegang, manakala “fungsi” bermaksud tugas, jawatan; kerja (bahagian tubuh dan lain-lain), tugas, peranan.

Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, perkataan “peranan” dan “fungsi” membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan ini dalam ayat digunakan mengikut kesesuaian. Contohnya,

i. Paru-paru mempunyai “fungsi” yang penting dalam pernafasan.

ii. Suri rumah tangga harus memainkan “peranan” yang penting dalam usaha menyemai dan memupuk minat membaca dalam kalangan murid.


Lain-lain27.02.2022

Kembali ke atas