Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.wa/] | ڤلاوق

Definisi : 1. orang yg suka membuat kelakar (lawak dsb); 2. tukang lawak; 3. Kl orang yg pembohong (tidak bercakap betul). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.wa/] | ڤلاوق

Definisi : 1 orang yg suka berjenaka atau suka membuat kelakar. 2 orang yg kerjanya berlawak; tukang lawak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelawak


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAYE, DANNYKaye, Danny (1913– 1987), pelawak Amerika.UMUM 
ALLEN, WOODY

Allen, Woody (1935– ) ialah pelakon, pengarah,

pengarang, dan pelawak Amerika. Allen menulis,

mengarah, dan membintangi banyak filem komik.

UMUM 
STREISAND, BARBRA

Streisand, Barbra (1942– ) ialah penyanyi dan

seniwati Amerika yang terkenal kerana interpretasi

dramatiknya dalam mempersembahkan lagu-lagu

popular. Dia juga mendapat sanjungan sebagai

pelawak wanita, di pentas dan dalam filem.

UMUM 
MAK ENONAINON CHIK (1911-1992), primadona bangsawan, pelakon filem dan pelawak.BUDAYAKonsep
A.R. TOMPEL

A.R. TOMPEL (1920-an-1973), pelawak, pelakon dan penulis.  Dia lahir di Medan, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Aman bin Ramlie.

BUDAYAKonsep
WAHID SATAY

WAHID SATAY (1930-      ), pelawak dan pelakon filem.  Nama sebenarnya ialah Abdul Wahid Ahmad.  Dia lahir di Inderagiri, Riau, Indonesia tetapi dibesarkan di Singapura.  Wahid Satay pernah bekerja sebagai kelasi kapal, kemudian pelukis latar filem dengan Studio Cathay Keris.  Di samping melukis, dia berlakon filem secara sambilan.

BUDAYATokoh
AZIZ SATAR

AZIZ SATAR (1930 -     ), pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah dan penerbit filem. Dia lahir pada bulan Januari 1930 di Pekalongan, Surabaya, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Abdul Azez bin Satta. Dia mengikuti ayah dan ibunya berhijrah ke Singapura pada tahun 1934 semasa berumur empat tahun. Aziz bersekolah di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura hingga tamat Darjah Lima tetapi persekolahannya terhalang kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Dia pernah bekerja sebagai kedi golf, pemungut bola tenis, pemandu dan pelbagai kerja buruh sebelum memasuki dunia lakonan dan perfileman.

BUDAYAKonsep
ABU NAWAS

ABU NAWAS, hasil sastera rakyat Melayu yang tergolong dalam cerita jenaka. Cerita ini dianggap sebagai hasil sastera yang berasal dari luar kerana latar cerita dan pelakunya yang tidak bercorak tempatan. Ceritanya berlaku di negeri Baghdad dan Abu Nawas ialah seorang tokoh penyair dan pelawak yang berkhidmat di istana Harun ar-Rasyid.

SASTERAKonsep
SIPUT SARAWAK

SIPUT SARAWAK (1923 - 1999), pelakon pentas dan filem.  Dia berasal dari Sarawak dan datang ke Singapura ketika berusia 12 tahun.  Nama sebenarnya ialah Ramlah binti Abdullah.  Bapanya, Dollah Sarawak, seorang pelawak terkenal dan ibunya Dayang Inang, terkenal sebagai Sri Panggung sandiwara.  Nama Siput berasal daripada nama `Miss Ribut’, pelakon sandiwara Indonesia.  Oleh sebab terlalu meminati pelakon tersebut, ibunya telah berazam untuk menamakan anaknya Ribut atau sekurang-kurangnya mirip nama itu.  Di hujung namanya ditambah dengan kata Sarawak sebagai mengenang tempat tumpah darahnya.  Siput tidak pernah mendapat pendidikan formal.  Dia hanya tahu membaca dan menulis dengan belajar sendiri.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas