Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.yar] | ڤلاير

Definisi : 1. orang yg kerjanya belayar; 2. (Komp) sj program komputer yg digunakan utk melayari Internet: laman Web ini hanya boleh dibuka dgn menggunakan ~ Netscape Navigator sahaja; 3. (Komp) orang yg melayari Internet: ~ boleh mendapatkan maklumat dr laman Web; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.yar] | ڤلاير

Definisi : 1 orang yg kerjanya belayar. 2 program komputer yg digunakan utk melayari Internet: Laman web ini hanya boleh dibuka dgn menggunakan ~ Netscape Navigator. 3 orang yg melayari Internet: ~ boleh mendapatkan maklumat ttg perkara itu dr laman web tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layar
Kata Terbitan : belayar, melayari, melayarkan, pelayar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. Dalam konteks teknologi maklumat, apakah padanan yang paling sesuai untuk perkataan "configure", contohnya "configure your browser"? Yang mana lebih sesuai: "menyusun pelayar anda", "mengkonfigurasi pelayar anda" atau padanan lain yang lebih sesuai? Bolehkahkah perkataan "mengkonfigurasi" diterima? Saya nampak perkataan ini sering diguna di internet.Padanan istilah “configuration” dalam bidang Teknologi Maklumat ialah konfigurasi. Perkataan konfigurasi juga telah terakam dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan Edisi Keempat.  Kata terbitan mengkonfigurasi diterima dalam bahasa Melayu.Istilah04.04.2019
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "auto wrap"? Ia digunakan dalam pelayar (browser) dan merupakan salah satu ciri pelayar tersebut. Terima kasih.Unhtuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "auto wrap". Sila berikan maksud atau konsep istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah02.11.2013
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Cloud Browser"? Adakah "Pelayar Awan" sesuai digunakan? Terima kasih.Tiada padanan untuk "Cloud Browser" dalam bahasa Melayu. Namun, untuk istilah "Cloud Computerizing" DBP mencadangkan "Pengkomputeran Awan", maka untuk istilah "Cloud Browser" istilah "Pelayar Awan" boleh digunakan.Istilah02.11.2013
Assalamualaikum, Saya mengalami masalah untuk mengakses PRPM melalui pelayar sesawang telefon pintar saya. Adakah ketergendalaan ini sementara sahaja?Kami menjangkakan masalah tersebut hanya sementaara kerana melalui uji cuba yang kami buat kami laman web berkenaan boleh diakses seperti biasa.Lain-lain26.08.2017
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Flash on demand"? Ia akan digunakan untuk pelayar (browser). Terima kasih.Untuk makluman, istilah "flash on demand" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau maksud istilah ini agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah04.11.2013
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Task killer"? Task killer ialah ciri-ciri yang terdapat pada pelayar web. Terima kasih.Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi isltilah "task killer" dalam bahasa Melayu. Puan hendaklah menjelaskan konsep task killer supaya kami boleh mencari padanan yang sesuai.Istilah02.11.2013
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Quick Back"? Adakah "Kembali Segera" sesuai digunakan? "Quick Back" merupakan salah satu tetapan pelayar (browser). Contoh ayat: Enabling Quick Back may cause certain webpage incompatibility problem. Terima kasih.Untuk makluman puan, istilah "quick back" tidak terdapat dalam data rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan bahasa Melayu bagi istilah "quick back" ialah "kembali pantas".Istilah03.11.2013
Salam. Apakah terjemahan yang disarankan bagi istilah-istilah berikut? "Cryptominer" - skrip komputer yang diletakkan pada laman sesawang untuk menggunakan sumber komputer pengguna bagi mengumpul kriptowang tanpa diketahui oleh pengguna. "Fingerprinter" - Entiti yang mengumpul maklumat tentang pengguna pelayar Internet seperti konfigurasi dan maklumat tetapan komputer yang boleh dilihat oleh laman sesawang yang dilawati. Fingerprinter akan menggunakan maklumat ini bagi mencipta satu profil tentang sesuatu pengguna dengan menggunakan sejenis algoritma bagi tujuan komersial dan lain-lain. Fingerprinter ini tiada kaitan dengan cap jari biometrik, tetapi merujuk kepada 'device fingerprint' (https://en.wikipedia.org/wiki/Device_fingerprint). "Device Fingerprint" - (Seperti dinyatakan di atas)Cadangan terjemahan yang sesuia bagi "Cryptominer"  mengikut konteks yang diberikan ialah aplikasi pelombong krypto, manakala terjemahan bagi "Fingerprinter" masih belum ada dalam pangkalan data kami. Pihak kami akan membincangkan terlebih dahulu dalam jawatankuasa istilah kami bagi mendapatkan padanan yang sesuai mengikut konteks yang diberikan.Makna28.11.2020
Salam. Saya ada beberapa soalan yang perlukan penjelasan daripada pihak DBP untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. 1. hukum-ahkam ATAU hukum-hakam. (mana yang betul?) 2. kaucakapkan ATAU kau cakapkan. 3. mengabarkan ATAU mengkhabarkan. (contoh ayat yang saya jumpa: Pelayar berambut kerinting macam mayang pinang, tersenyum manis mengabarkan berita.) 4. sebarangan ATAU sembarangan (contoh ayat: Lantaran itu, Salleh mengingatkan diri agar jangan mudah berkata sebarangan.) 5. sebarang ATAU sembarang (contoh ayat: Jangan sekali-kali mudah mengeluarkan perkataan kepada sebarang tempat.)

1. Perkataan yang betul ialah hukum-hakam.

2. Ejaan yang betul ialah kau cakapkan.

3. Perkataan yang betul ialah mengkhabarkan. 

4. Merujuk contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah sembarangan. 

5. Merujuk contoh ayat yang diberikan perkataan yang betul ialah ... sembarang/sembarangan tempat ....

Tatabahasa06.01.2011
Tuan, Tumpang bertanya bagaimana hendak membezakan "website" dan "webpage" dalam bahasa Melayu. Sekian, terima kasih.Padanan website ialah tapak web, manakala web page ialah laman web dan kedua-duanya membawa makna yang sama iaitu suatu laman atau fail jaringan sejagat (www) yang biasanya ditulis dalam format HTML, JavaScript, ASP atau PHP. Laman web dipaparkan pada monitor dengan menggunakan pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox atau HotJava. Laman web boleh mengandungi teks, grafik, animasi, imej, video, audio dan pautan kepada laman web lain. Contohnya seperti www.dbp.gov.my/kamus/istilah.htm.Tatabahasa07.05.2010
12

Kembali ke atas