Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pel.ba.gai] | ڤلباݢاي

Definisi : ®bagai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pel.ba.gai] | ڤلباݢاي

Definisi : berbagai-bagai, beberapa jenis: tarian Timur lebih ditekankan kpd perasaan sedangkan tarian Barat berpusat pd mutu dinamik ~ tarian itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pel.ba.gai] | ڤلباݢاي

Definisi : berbagai-bagai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pel.ba.gai] | ڤلباݢاي

Definisi : banyak jenisnya atau banyak macamnya; berbagai-bagai; berjenis-jenis; bermacam-macam: Taman itu penuh dgn ~ jenis bunga. mempelbagaikan menjadikan banyak jenisnya atau macamnya; menjadikan berbagai-bagai. kepelbagaian perihal (keadaan) pelbagai atau berbagai-bagai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelbagai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehtah dirumuskan bahawa jenis digunakan selepas kata nama maujud? Contohnya, pelbagai jenis ikan, pelbagai jenis kek. Untuk kata nama abstrak, jenis boleh diabaikan selepas pelbagai. Contohnya, pelbagai aktiviti, pelbagai haiwan, pelbagai sayur, pelbagai buah dan lain-lain.Jenis bermaksud golongan benda termasuklah binatang, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya. Ini bermakna kata nama jenis boleh digandingkan dengan pelbagai kata dan tidak ada panduan dalam buku tatabahasa yang menetapkan golongan kata tertentu sahaja boleh bergandingan dengan kata jenis.Lain-lain14.03.2012
Wujud atau tidak perkataan perbagai yang bermaksud berbagai-bagai/pelbagai. Pelbagai jenis barang atau pelbagai barang ?Mengikut Kamus Dewan Edisis Keempat kata pelbagai, perbagai perbagai-bagi bermaksud berbagai-bagai, beberapa jenis. Yang lazim atau yang telah m,antap penggunaannya ialah berbagai-bagai atau pelbagai seperti dalam penggunaan pelbagai barang. Kata pelbagai sudah membawa maksud beberapa jenis.     Makna19.03.2008
Salam sejahtera. Pelbagai permainan atau pelbagai jenis permainan? Pelbagai bunga atau pelbagai jenis bunga? Kata pelbagai perlu diikuti jenis? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, pelbagai bermaksud beberapa jenis. Oleh itu, perkataan 'jenis' tidak perlu kerana 'pelbagai' telah membawa maksud tersebut.Tatabahasa26.08.2013
Emak menghidangkan pelbagai makanan. atau Emak menghidankan pelbagai jenis makanan. Manakah yan betul, pelbagai jenis @ pelbagai?Emak menghidangkan pelbagai makanan, pelbagai bermaksud beberapa jenis.Tatabahasa17.01.2012
i. Pelbagai jenis buah ii. Pelbagai jenis buah-buahan iii. Pelbagai buah Penggunaan ketiga-tiga pelbagai di atas, yang manakah adalah betul?Menurut Kamus Dewan, pelbagai bermaksud beberapa jenis. Oleh itu, frasa yang betul ialah 'pelbagai buah'.Makna15.04.2011
pelbagai kuih atau pelbagai jenis kuih? pelbagai kuih-muih atau berjenis kuih-muih?Yang betul ialah pelbagai kuih.Tatabahasa07.10.2011
1. Marini membeli pelbagai barang. 2. Marini membeli barang yang pelbagai. Penggunaan perkataan pelbagai dalam kedua-dua ayat ini diterima?Yang betul ialah Marini membeli pelbagai barang, kerana perkataan pelbagai di situ boleh digantikan dengan berbagai-bagai jenis.Tatabahasa04.11.2009
Dalam kata bilangan, kita sepatutnya menggunakan "pelbagai jenis buah" atau "pelbagai jenis buah-buahan"? Pada pendapat saya, buah-buahan telah membawa maksud jamak, jadi sepatutnya "pelbagai jenis buah" betulkah? Tapi selalunya ternampak buku-buku dan surat khabar menulis "pelbagai jenis buah-buahan"..Saya bersetuju dgn sdr dengan frasa "pelbagai jenis buah" yang membawa maksud jamak. Apa yg kita lihat dalam akhbar, kemungkinan penulis tidak sedar bahawa mereka telah menggunakan bahasa yg lewah atau pembaziran dalam penulisan . Kadang kala terdapat juga pihak yg tidak berapa peka atau mahir dalam penggunaan kata bilangan dlm penulisan sama ada dalam akhbar ataupun penerbitan lain. T.kasih.Lain-lain17.08.2008
1. Pelbagai kuih-muih 2. Pelbagai jenis kuih-muih Ayat manakah yang betul? Terima kasihKedua-dua ayat tersebut adalah betul. 1. Pelbagai kuih-muih - ayat ini merujuk terdapat banyak kuih secara umum. 2. Pelbagai jenis kuih-muih - ayat ini merujuk terdapat banyak kuih secara khusus, iaitu jenis-jenis kuih yang ada.Tatabahasa20.03.2014
pelbagai jenis sayur-mayur/pelbagai jenis sayur

Satu daripada aspek makna penggandaan kata nama ialah penanda kepelbagaian jenis. Contohnya: sayur-mayur, kuih-muih, rempah-ratus. Kata pelbagai bermaksud berbagai-bagai macam atau jenis. Ayat yang betul ialah: pelbagai jenis sayur.

Tatabahasa25.04.2011
12345678910...

Kembali ke atas