multitrack | pelbagai runut; pelbagai bahagian | Pendidikan | Tiada | 1. Pelbagai runut: Berkaitan dengan pita rakaman yang mempunyai empat atau lebih runut rakaman yang selari dan perkakasan yang digunakan dengan runut berkenaan. |
OSI (open system interconnection) | OSI (sistem terbuka saling sambung) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawaian ISO untuk komunikasi antara pelbagai sistem buatan pelbagai vendor, yang menakrifkan kerangka kerja bagi melaksanakan pelbagai protokol dalam 7 lapisan . Lapisan itu ialah lapisan fizikal, pautan data, rangkaian, pengangkutan, sesi, persembahan dan aplikasi. |
breach of complex condition | kemungkiran pelbagai syarat; melanggar pelbagai syarat | Undang-undang | Tiada | Perbuatan tidak mematuhi, cuai, memungkiri dan melanggar lebih daripada satu atau berbagai-bagai syarat sesuatu perjanjian atau kontrak dan sebagainya. |
multiple line underwriting | penajajaminan jaluran pelbagai/pengunderaitan jaluran pelbagai | Ekonomi | Tiada | Tiada |
bookseller | penjual buku | Perpustakaan | Tiada | Seseorang yang mempunyai pelbagai pilihan buku merangkumi pelbagai bidang dan jenis, buku terpakai, untuk dijual. |
triangulation | triangulasi | Pendidikan | Tiada | Perbuatan menyemak data dengan menggunakan pelbagai sumber atau pelbagai prosedur dalam pungutan data. |
health policy | dasar kesihatan | Pentadbiran | Tiada | Dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memupuk kesedaran dan memelihara kesihatan awam dengan melancarkan pelbagai program dan penguatkuasaan pelbagai peraturan yang berkaitan. Dasar kesihatan yang baik boleh memastikan bekalan makanan dan air bersih kepada orang ramai, memelihara kebersihan alam sekitar, mengawal kesihatan ibu dan bayi, menguatkuasa imunisasi penyakit berjangkit dan memperluaskan perkhidmatan kesihatan dan hospital sehingga ke kawasan pedalaman. Dasar seperti ini turut menumpukan perhatian kepada penghindaran jangkitan penyakit merbahaya seperti AIDS, kusta, batuk kering, taun, SARS dan polio. Di samping itu dasar kesihatan yang ketat turut mengawal pembekalan ubat dan dadah tertentu, penjualan bahan terkawal seperti minuman keras, ubat batuk dan rokok. Terdapat juga dasar kesihatan di negara tertentu yang mewajibkan pengambilan polisi insuran kesihatan bagi rawatan hospital dan terdapat dasar kesihatan yang memberi khidmat hospital dan rawatan percuma seperti negara kebajikan di Norway dan Denmark. Namun, tidak semua negara memiliki dasar kesihatan ini terutamanya negara sedang membangun seperti Sudan dan Etiopia. |
design documentation | dokumentasi reka bentuk | Teknologi Maklumat | Perisian | Dokumentasi dalam pembangunan perisian yang mengandungi maklumat cara sesuatu perisian dibangunkan dengan mengambil kira pelbagai keperluan pengguna dalam pelbagai peringkat. Dokumentasi ini juga memberikan penjelasan terperinci setiap pendekatan yang digunakan dalam mereka bentuk perisian dari peringkat atas hingga ke peringkat bawah. Selain itu, dokumentasi mengenai hubungan dengan persekitaran dan prinsip-prinsip pembangunan yang digunakan dalam reka bentuk komponen perisian juga dimasukkan dalam dokumentasi reka bentuk ini. |
Integrated Learning System (ILS) | Sistem Pembelajaran Bersepadu (ILS) | Pendidikan | Tiada | Sistem yang menggabungkan perisian pengajaran serta pengurusan dan selalunya menawarkan pelbagai sumber pengajaran dalam pelbagai topik. |
multistroke | pelbagai gaya | Sukan | Tiada | Pelbagai gaya renang yang dipelajari oleh perenang baru. Satu gaya yang sesuai cuba dimahirkan di samping mempelajari gaya renang yang lain. |