Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lin.cir] | ڤلينچير

Definisi : sesuatu yg digunakan utk melicinkan (perjalanan mesin dll): minyak jarak diguna­kan juga sbg minyak ~; minyak ~ unggul utk enjin yg berteknologi tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lin.cir] | ڤلينچير

Definisi : sesuatu yg digunakan utk melicinkan perjalanan mesin dll: minyak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelincir


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POLIVINIL KLORIDA (PVC)

Polivinil klorida (PVC) ialah bahan plastik yang

kuat, tahan lama. Ia mudah bercampur dengan

pelincir, pengisi, dan pewarna untuk membuat

plastik yang mempunyai banyak sifat yang berbeza.

Terdapat dua jenis asas plastik PVC – tegar dan

fleksibel. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC

tegar termasuk botol, paip, dan bahan sisian bingkai

tingkap. Keluaran yang dibuat daripada plastik PVC

mudah dibentuk termasuk pakaian hujan, tirai

mandi, hos, dan bahan penebat elektrik.

UMUM 
MCCOY, ELIJAH

McCoy, Elijah (1844?–1929) ialah jurutera dan

pencipta kulit hitam Amerika yang mencipta pelincir

automatik.

UMUM 
YOUNG, JAMES

Young, James (1811–1883), ahli kimia Inggeris,

yang menjadi perintis dalam industri petroleum.

Pada tahun 1847, dia mula membuat pelincir dan

lilin parafin daripada petroleum yang memancut

keluar di lombong batu arang di Derbyshire.

UMUM 
MINYAK GAS

Minyak gas adalah satu pecahan (bahagian)

apabila petroleum dipisahkan melalui penyulingan.

Minyak gas didapati lebih kurang pada

“pertengahan” penyulingan. Ia lebih berat daripada

petrol dan parafin, dan lebih ringan daripada

sulingan lube , yang dijadikan minyak pelincir dan

lilin. Nama minyak gas diperoleh daripada

penggunaan minyak ini dalam pengeluaran bahan

api gas. Minyak gas ditukarkan kepada pecahan

petroleum yang lebih ringan, seperti petrol dan

bahan kimia. Ia juga digunakan untuk minyak

diesel dan minyak bahan api. Lihat juga Petroleum

(Penapisan petroleum).

UMUM 
MINYAK MINERAL

Minyak mineral ialah cecair yang jernih, tidak

berwarna, dan berminyak yang hampir tiada rasa

atau bau. Ia juga dinamakan parafin cecair,

petrolatum cecair, minyak mineral putih, dan

minyak parafin putih . Minyak mineral digunakan

dalam sediaan ubatan dan kosmetik seperti julap

dan tonik rambut. Ia juga digunakan sebagai pencair

(pelarut) dalam pembuatan plastik, dan sebagai

pelincir dalam operasi perindustrian. Minyak

mineral diperoleh apabila pecahan (bahagian yang

diasingkan) petroleum dididihkan pada 316C

hingga 399C.

UMUM 

Kembali ke atas