Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lin.dung] | ڤليندوڠ

Definisi : 1. sesuatu (atap, dinding, dll) yg melindungi: atap yg tugasnya sbg ~ dr hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya; 2. orang yg memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dll): laki-laki yg sedang ter­kurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan musuhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lin.dung] | ڤليندوڠ

Definisi : 1 orang yg memberikan pertolongan atau perlindungan; penaung. 2 alat atau benda (spt atap) yg melindungi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JALUR PELINDUNG

Jalur pelindung, sebaris atau lebih pokok-pokok atau pokok renek yang ditanam bagi melindungi tanah, tanaman, dan ternakan daripada angin, salji, dan matahari.

PERTANIANKonsep
SURAH AL-‘ANKABUT

Surah al-‘Ankabut ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-29 mengikut

susunan surah dalam al-Qur’an dan mengandungi

69 ayat. Ia dinamakan Surah al-‘Ankabut (Labahlabah)

kerana Allah S.W.T. membuat perbandingan

penyembahan kepada berhala yang dipahat dan

sangkaan berbilang tuhan dengan labah-labah,

sebagaimana yang disebutkan dalam ayat 41 yang

bermaksud:

“Misal bandingan orang-orang yang menjadikan

benda-benda yang lain daripada Allah sebagai

pelindung-pelindung (yang diharapkan

pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang

membuat sarang (untuk menjadi tempat

perlindungannya)...”.

(Surah al-‘Ankabut 29:41)

UMUM 
PICKERING, WILLIAM

Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan

awam British yang menjadi pelindung pertama

orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada

masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli

(buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke

Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli-

kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa

mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak,

malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang

di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai

pelindung adalah untuk menghentikan layanan

buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas

dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa

Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan

ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung

tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang

wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan

kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan

ketat sebagai langkah mengawal perjudian.

UMUM 
KUKU

Kuku ialah pelindung keras yang menutupi

permukaan atas di hujung setiap jari tangan dan

kaki.

UMUM 
MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU

Majlis Raja-raja Melayu ialah badan

penasihat yang bertindak sebagai pelindung

institusi raja, keistimewaan kemuliaan dan

kehormatan raja-raja Melayu. Ia dianggotai oleh

raja atau sultan Tanah Melayu.

UMUM 
MENYADUR ANOD

Menyadur anod ialah sejenis elektrolisis yang

digunakan untuk menyalut logam dengan lapisan

pelindung oksida. Logam bertindak sebagai anod

(kutub Positif) sel elektrolit. Ion oksida bercas

negatif dialirkan menerusi larutan yang

dinamakan elektrolit, dan mengoksidakan

permukaan logam. Aluminium boleh disadur

anod dalam larutan asid sulfurik. Magnesium

sering disadur anod dalam larutan dikromat.

UMUM 
KHITON

Khiton ialah haiwan laut yang mempunyai kulit

pelindung keras. Kulit kebanyakan khiton terdiri

daripada lapan lapis yang bertindan-tindih dan

melekat pada isi yang liat.

UMUM 
KIMA

Kima ialah haiwan berbadan lembut yang ditutupi

dengan cangkerang pelindung. Kima hidup di

dasar lautan, tasik dan anak sungai di banyak

bahagian di dunia. Ia memakan organisma air

yang halus yang dikenali sebagai plankton.

UMUM 
SAMPUL SURAT

Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia

berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan

kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak

sebagai pelindung daripada kehilangan atau

kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian

kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu

sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam

supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat

atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang

berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak

perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan.

Mesin yang pertama berjaya membuat sampul

surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park

dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898,

John Ames Sherman telah mematenkan mesin

pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik,

mengurangkan kos membuat sampul surat bergam.

UMUM 
ARGON

Argon, unsur kimia, ialah gas yang merupakan 0.94

peratus daripada atmosfera bumi. Kebanyakan

mentol lampu biasa diisi dengan argon dan sedikit

nitrogen. Argon juga digunakan sebagai gas

pelindung dalam kimpalan arka untuk melindungi

logam daripada oksigen di udara. Gas ini ditemui

pada tahun 1894 oleh Lord Rayleigh dan Sir William

Ramsay.

UMUM 
12

Kembali ke atas