Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.li.ta] | ڤليتا

Definisi : 1. sj bekas berbagai-bagai bentuk (berisi minyak dan bersumbu) yg digunakan utk mem­berikan cahaya; ~ duduk pelita yg diletak­kan di atas meja (lantai); ~ gantung pelita yg digantung; ~ panjat pelita yg dipasang di luar rumah pd malam hari dlm bulan puasa; 2. lampu; 3. ki sesuatu yg memberi panduan dll: gadis yg menjadi ~ dlm hidupnya; fikiran itu ~ hati; memasang ~ tengah hari prb menerangkan sesuatu yg sudah jelas, perbuatan yg sia-sia; pasang ~ dilanggar tikus prb keadaan yg menyenangkan tetapi hapus oleh sesuatu yg kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.li.ta] | ڤليتا

Definisi : 1 lampu kecil (dibuat drpd zink dll) yg bersumbu dan menggunakan minyak. 2 ki sesuatu yg menerangi (memandu) hati, hidup dsb: Ilmu ~ hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelita (kata nama)
Bersinonim dengan lampu, ketaya, andang, colok, suluh, obor.,

Puisi
 

Baiklah baik pasang pelita,
     Pasang pelita tepi jeraya;
Baik-baik berpandang mata,
     Memandang mata membuat dosa.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Bagai pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan.. boleh saya tahu apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk pelita Hari Raya atau pelita Deepavali. Adakah sebiji atau sebuah ? T.kasihPenjodoh bilangan yang sesuai untuk pelita ialah Sebuah Pelita.Tatabahasa23.03.2018
Salam tuan.. boleh saya tahu apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk pelita Hari Raya atau pelita Deepavali. T.kasihPenjodoh bilangan yang sesuai untuk pelita ialah sebuah.Tatabahasa15.03.2018
Saya mohon maaf soalan yang saya kemukakan sebelum ni dan dalam proses ada sedikit kesilapan . Yang akhir sekali saya tanya tema Cerpen majalah Pelita Bahasa bukan Tunas Cipta . Majalah Pelita Bahasa tentang bahasa saja ke diterima atau temanya bebas ? Saya juga minta diberi alamat email kiriman puisi untuk Pelita Bahasa . (Siapakah Editor Majalah Pelita Bahasa yang terkini ? Saya mohon diberi alamat email Editor Pelita Bahasa untuk dikirimkan puisi . Adakah tema cerpen untuk majalah Tunas Cipta ini bebas atau ada had tema yang ditetapkan ?)Salam, puan. Seperti majalah terbitan DBP yang lainnya, tema cerpen majalah Pelita Bahasa juga bebas. Walau bagaimanapun, cerpen yang bertemakan bahasa dan sastera sangat dialu-alukan. Penghantaran bahan boleh diajukan kepada Ketua Editor Bahagian Majalah seperti yang sudah dijawab sebelum ini kepada puan.Lain-lain11.06.2012
Siapakah Editor Majalah Pelita Bahasa yang terkini ? Saya mohon diberi alamat email Editor Pelita Bahasa untuk dikirimkan puisi . Adakah tema cerpen untuk majalah Tunas Cipta ini bebas atau ada had tema yang ditetapkan ?Editor Majalah Pelita Bahasa ialah Norazlenda Abd. Hadi dan beliau boleh dihubungi melalui alamat e-mel nazlenda@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat mengenai majalah Tunas Cipta sila hubungi editor Abdul Ghani Abu melalui e-mel ghanig@dbp.gov.my.Lain-lain08.06.2012
saya mengharapkan bantuan pihak tuan/puan agar dapat memberikan bilangan, keluaran edisi dan tahun MAJALAH PELITA BAHASA yg mengemukan ttg penggunaan CENDERAMATA dan CENDERAHATI? Terima kasihSila rujukm bahan ini : 1. Antara cenderamata dengan cenderahati oleh Rizuan Atan. Pelita Bahasa.01/05/1993. 2. Cenderahati dan cenderamata oleh Farid Ahmad. Pelita Bahasa. 01/08/1993. 3. Dahulu cenderamata, sekarang pun cenderamata oleh Asiah Idris. Pelita Bahasa. 01/09/1994.Lain-lain13.08.2007
dapatkah pihak tuan/puan membantu dalam mencarikan saya bilangan dan tahun MAJALAH PELITA BAHASA yg mengemukakan tentang perbincangan mengenai perbezaan di antar penggunaan CENDERAMATA dan CENDERAHATI? terima kasihSila rujukm bahan ini : 1. Antara cenderamata dengan cenderahati oleh Rizuan Atan. Pelita Bahasa.01/05/1993. 2. Cenderahati dan cenderamata oleh Farid Ahmad. Pelita Bahasa. 01/08/1993. 3. Dahulu cenderamata, sekarang pun cenderamata oleh Asiah Idris. Pelita Bahasa. 01/09/1994.Lain-lain13.08.2007
A. Apakah perbezaan 'hembus' dan 'tiup' Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. B. Penjodoh bilangan bagi 'pingat" Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda. 2. Nabilah telah memenangi beberapa butir pingat dalam sukan berkuda.

A) Dalam Kamus Dewan menghembus dan meniup sama maknanya iaitu meniup/menghembus, mengeluarkan nafas (udara) dari mulut. Oleh itu, ayat; 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. dan 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. adalah betul.

B) Penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah buah, ayat "Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda." adalah betul.

Tatabahasa05.07.2009
Assalamualaikum. Saya ingin melanggan majalah pelita bahasa. Bagaimana caranya dan berapa bayarannya?Saudara boleh melanggan majalah Pelita Bahasa melalui portal dbpniaga.my. Saudara juga boleh mendapatkan maklumat penerbitan DBP yang lain melalui portal tersebut.Lain-lain16.06.2023
Merujuk kepada emel yang diterima pada Julai 13, Khidmat nasihat DBP menyatakan bahawa penggunaan "di kalangan" tidak baku. Namun, saya mendapati bahawa dalam majalah "Pelita Bahasa" terbitan DBP pada Disember 2008 dalam ruangan Soal Jawab Bahasa, jawapan Pelita Bahasa menyatakan bahawa penggunaan "di kalangan" betul dan boleh digunakan. Turut dinyatakan dalam Pelita Bahasa, penggunaan "di kalangan" jauh lebih banyak berbanding dengan penggunaan "dalam kalangan" mengikut data korpus. Tambahan pula, saya mendapati dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, tidak terdapat penggunaan "dalam kalangan" tetapi penggunaan "di kalangan" pula agak banyak. Justeru, bolehkah saya mendapat kepastian sama ada ungkapan " di kalangan" boleh digunakan atau tidak dan adakah ungkapan tersebut mematuhi peraturan tatabahasa

Saudara,

Dalam korpus yang merakamkan penggunaan bahasa oleh masyarakat awam terdapat lebih banyak penggunaan 'di kalangan' berbanding dengan 'dalam kalangan' kerana masih ramai pengguna bahasa yang belum terdedah atau biasa dengan penggunaan 'dalam kalangan'.  Kata sendi nama  'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Berdasarkan panduan ini maka frasa yang betul ialah 'dalam kalangan'.   Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa23.07.2009
Selamat pagi. Saya ingin tanya, sekiranya gambar menunjukkan jualan buku DBP yang mempunyai promosi hebat sehingga 50%, adakah peribahasa durian runtuh dan ilmu pelita hidup relevan dengan gambar tersebut?Peribahasa durian runtuh dan ilmu pelita hidup boleh digunakan pada gambar menunjukkan jualan buku DBP kerana durian runtuh merujuk kepada mendapat keuntungan besar tanpa bersusah payah. Ini boleh merujuk kepada diskaun yang diberikan hingga 50 peratus manakala ilmu pelita hidup pula merujuk kepada ilmu pengetahuan menjamin kehidupan seseorang dan ini sesuai untuk menunjukkan jualan buku tersebut boleh mendatangkan manfaat kepada pembeli dengan membeli buku-buku yang dijual.Makna03.09.2016
12345678910...

Kembali ke atas