Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lo.so/] | ڤلوسوق

Definisi : ceruk, penjuru, pojok, sudut: Sumatera menggantikan Melaka pd tahun 1568, sbg pusat perkembangan agama Islam ke seluruh ~ Nusantara; ke ~-~ = ke segala (seluruh) ~ sehingga ke tempat yg jauh-jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lo.so/] | ڤلوسوق

Definisi : tempat yg di merata-rata letaknya; ceruk; rantau: Beliau telah menjelajah ke seluruh ~ negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelosok (kata nama)
Bersinonim dengan ceruk, penjuru, pojok, sudut, pelojok, jorong.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Bagaimanakah membetulkan ayat berikut: a. Sementara menunggu umpannya (diragut) ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak (menyelewengkan) fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu. 2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulnya di dalam hutan. Adakah dikumpul salah dan digantikan dengan dikumpulkan ? 3. semangat patriolisme Adakah perkataan semangat leweh dalam frasa di atas? 4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. Adakah ayat di atas salah? Terima kasih !

Ayat yang telah diperbetul  1- a. Sementara menunggu umpannya dimakan ikan, Ahmad memenuhi masa terluang dengan membaca novel. b. Nama peguam bela yang bijak memainkan fakta itu sudah gah ke seluruh pelosok negara sejak sedekad yang lalu.

2. Pak Ali mencuba untuk menguatkan ikatan selonggok kayu api yang dikumpulkannya di dalam hutan.

3. lewah - patriotisme sahaja telah memadai

4. Untuk membangunkan negara agar setanding dengan negara lain, masyarakat yang menguasai teknologi diperlukan. - betul

Tatabahasa26.09.2009
Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang.I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini.
II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. 
III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. 
IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan.
Tatabahasa28.05.2012
pedalaman dan pendalaman,apa bezanya?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pedalaman bermaksud daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu.  pendalaman bermaksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan.Makna31.01.2011
Apakah perbezaan antara pedalaman dan pendalaman?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan pedalaman bermaksud daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~; manakala perkataan pendalaman bermaksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan.

Istilah21.10.2009
Saya tidak menemui perkataan pelusuk dalam kamus dewan edisi ke-4. Adakah perkataan ini boleh diguna pakai. Apakah ayat yg sesuai sebagai gantiannya?Ejaan yang betul ialah pelosok.Ejaan06.02.2015
pedalaman /pendalamanMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pedalaman bermaksud daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll). Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata ini boleh sdr menggunakannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza, iaitu pedalaman bererti daerah, manakala pendalaman menggambarkan proses kerja.Makna24.05.2010
ejaan yang betul untuk pendalaman @ pedalaman

1.  Merujuk Kamus Dewan kata Pedalaman ; daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll). Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata ini boleh sdr menggunakannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza, iaitu pedalaman bererti daerah, manakala pendalaman menggambarkan proses kerja.

.

Makna01.07.2009
salam apakah perbezaan pedalaman dan pendalaman.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi pedalaman dan pendalaman adalah seperti yang berikut:

i. pedalaman - daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu

ii. pendalaman - perihal mendalamkan, tindakan (proses dan lain-lain) mendalamkan

Makna21.09.2011
1. kawasan pendalaman atau kawasan pedalaman 2. dibawah atau di bawah 3. diperingkat atau di peringkat

Encik Zamri,

1.  Merujuk Kamus Dewan kata Pedalaman ; daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. Oleh itu, frasa yang tepat ialah kawasan pedalaman yang merujuk tempat atau kawasan.

2.  di bawah bukan dibawah.

3. di peringkat bukan diperingkat.

Tatabahasa27.05.2009
Assalamualaikum. apakah perbezaan makna antara pendalaman dan pedalaman. saya mendapat maklumat sekarang ini maknanya membawa maksud yang sama. satu lagi bagaimana penggunaan belakangan dan kebelakangan

Saudara Muyusmaliza,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan pedalaman bermaksud daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~; manakala perkataan pendalaman bermaksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan.

Makna03.08.2009
12

Kembali ke atas