Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lu.ru] | ڤلورو

Definisi : bola-bola atau benda-benda tajam (drpd besi dll) yg ditembakkan dgn senjata api dll, anak bedil (meriam), pelor: ~ senapang; ~ baksut peluru utk menembak binatang besar dll; ~ berpandu = ~ terkendali peluru yg dapat dipandu dr jauh arahnya (utk mengenai sasa­ran); ~ hidup peluru drpd tembaga kuning campuran (bukan drpd getah atau plastik) yg boleh membunuh; ~ kapur peluru drpd plastik yg bukan utk membunuh, biasanya hanya utk tujuan latihan dsb; ~ penabur peluru ber­bentuk silinder yg mengandungi bebola logam yg kecil-kecil (kacang-kacang), yg ditembak­kan dgn senapang patah; ~ sesat peluru yg ditembakkan dr senapang, meriam dsb tidak mengenai sasarannya, tetapi tersasar ke tempat lain; kena (dimakan) ~ kena tembak, tertembak; umpan ~ = makanan ~ a) yg menjadi sasaran peluru musuh; b) askar upah­an; tak empang ~ di lalang = tiada terempang ~ oleh lalang prb orang yg lemah tidak dapat menegah kehendak orang yg berkuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lu.ru] | ڤلورو

Definisi : 1 bola-bola atau benda-benda tajam yg ditembakkan dgn senjata api: ~ meriam. 2 sesuatu yg menyerupai atau yg berfungsi spt peluru 1. ~ hidup peluru yg boleh membunuh, dibuat drpd tembaga kuning campuran. ~ kapur peluru drpd plastik yg bukan utk membunuh, biasanya utk tujuan latihan dsb. ~ penabur peluru yg terdiri drpd bebola logam yg kecil-kecil, yg diisikan di dlm tabung berbentuk silinder (patrum) dan ditembakkan dgn senapang patah. ~ sesat peluru yg ditembakkan dr senapang, pistol dsb yg tidak mengenai sasaran tetapi tersasar ke tempat lain. berpeluru ada pelurunya. berpelurukan menggunakan sesuatu sbg peluru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluru (kata nama)
Bersinonim dengan anak bedil, pelor, mimis, penabur, kacang-kacang, belinjo, gotri.,

Puisi
 

Kututuh mari sebatang pisang,
     Habis menimba selara padi;
Kutembak dengan peluru petunang,
     Naga tak kena ular tak mati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti peluru dua setuangan.

Bermaksud :

Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pelanduk dua serupa, b. Salin [= sesalin] tak tumpah).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENAPANG

Senapang ialah sejenia senjata yang boleh

menembakkan peluru, peluru meriam, atau

beberapa jenis misil yang lain. Kebanyakan

senapang menembak dengan kuasa bahan letupan

seperti serbuk letupan. Tetapi ada juga senapang

yang menggunakan gas termampat atau sejenis

spring sebagai penggerak kuasanya.

UMUM 
SENAPANG PATAH

Senapang patah ialah senapang bahu yang

melepaskan kartrij yang mengandungi serbuk

peledak dan muatan peluru-peluru logam kecil,

yang dikenali sebagai syot. Syot tersebut akan

tersebar di kawasan yang luas. Ia lebih mudah

untuk mengenai sasaran yang bergerak

berbanding dengan peluru tunggal daripada

senapang atau pistol. Pada asasnya senapang

patah ialah senapang perburuan. Peluru penabur

senapang patah dikenali sebagai syot kecil.

Peluru yang lebih besar yang dikenali sebagai

syot besar, digunakan untuk menembak haiwan

seperti rusa.

UMUM 
SERPIHAN PELURU

Serpihan peluru ialah sejenis kelongsong

peluru meriam yang dicipta oleh Leftenan

(kemudiannya Leftenan Jeneral) Henry Shrapnel

(1761–1842). Kelongsong peluru ini mengandungi

sejumlah bebola dan serbuk peletup yang

memecahkan kelongsong peluru. Tentera

British menggunakan peluru pertama jenis ini di

Surinam pada tahun 1804. Semasa Perang Dunia I

(1914–1918), serpihan peluru ini dianggap peluru

pembinasa anggota yang paling boleh diharapkan

dan berkesan. Semenjak Perang Dunia II (1939–

1945), perkataan ini biasanya merujuk kepada

serpihan keluli pembalut kelongsong peluru

meriam yang dilontar melalui letupan, walaupun

sesetengah jenis kelongsong peluru yang dipenuhi

dengan serpihan keluli masih digunakan. Lihat juga

Meriam; Peluru.

UMUM 
MENARA PELURU

Menara peluru ialah struktur yang digunakan

untuk membuat peluru bagi senjata api. Pada

masa dahulu, menara peluru ialah menara kayu

atau batu yang berukuran antara 15 meter hingga

30 meter tinggi. Plumbum cair dicurahkan melalui

suatu bekas yang mempunyai lubang di bahagian

atas menara. Setiap ketulan kecil plumbum yang

jatuh, membentuk sebuah bebola yang bulat. Ia

menyejuk dalam bentuk ini apabila jatuh ke dalam

bekas yang mengandungi air sejuk. Pada hari ini,

kebanyakan peluru dibuat dalam menara yang

berukuran sehingga 58 meter tinggi.

UMUM 
PELURU UMUM 
MELONTAR PELURU

Melontar peluru, acara padang yang menggunakan bebola besi dikenali sebagai peluru yang dilontar sejauh yang boleh ke kawasan mendarat.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
LONTAR PELURU UMUM 
POKOK PELURU MERIAM

Pokok peluru meriam ialah pokok Amerika

Selatan yang meluruhkan daunnya lebih daripada

sekali setahun.

UMUM 
MESINGAN

Mesingan ialah senjata api automatik yang boleh

menembak antara 400 hingga 1600 pusingan peluru

seminit. Saiz laras mesingan berbeza-beza, iaitu

antara 22 kaliber (5.5 milimeter) hingga 30 milimeter.

Peluru dimasukkan ke dalamnya melalui sabuk) kain

atau logam, atau pemegang patrum yang dikenali

sebagai magazin. Mesingan perlu disejukkan

dengan air atau udara kerana tembakan pelurunya

terlalu laju. Mesingan juga tergolong sebagai

senjata berat dan biasanya mempunyai penahan.

UMUM 
KARTRIJ

Kartrij ialah kelongsong logam atau kertas yang

mengandungi cas letupan dan peluru atau cas

untuk letupan. Kartrij yang digunakan bagi

senapang dan mesingan ialah silinder loyang

dengan tudung tukulan di bahagian bawahnya.

UMUM 
123

Kembali ke atas