Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lu.ru] | ڤلورو

Definisi : bola-bola atau benda-benda tajam (drpd besi dll) yg ditembakkan dgn senjata api dll, anak bedil (meriam), pelor: ~ senapang; ~ baksut peluru utk menembak binatang besar dll; ~ berpandu = ~ terkendali peluru yg dapat dipandu dr jauh arahnya (utk mengenai sasa­ran); ~ hidup peluru drpd tembaga kuning campuran (bukan drpd getah atau plastik) yg boleh membunuh; ~ kapur peluru drpd plastik yg bukan utk membunuh, biasanya hanya utk tujuan latihan dsb; ~ penabur peluru ber­bentuk silinder yg mengandungi bebola logam yg kecil-kecil (kacang-kacang), yg ditembak­kan dgn senapang patah; ~ sesat peluru yg ditembakkan dr senapang, meriam dsb tidak mengenai sasarannya, tetapi tersasar ke tempat lain; kena (dimakan) ~ kena tembak, tertembak; umpan ~ = makanan ~ a) yg menjadi sasaran peluru musuh; b) askar upah­an; tak empang ~ di lalang = tiada terempang ~ oleh lalang prb orang yg lemah tidak dapat menegah kehendak orang yg berkuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lu.ru] | ڤلورو

Definisi : 1 bola-bola atau benda-benda tajam yg ditembakkan dgn senjata api: ~ meriam. 2 sesuatu yg menyerupai atau yg berfungsi spt peluru 1. ~ hidup peluru yg boleh membunuh, dibuat drpd tembaga kuning campuran. ~ kapur peluru drpd plastik yg bukan utk membunuh, biasanya utk tujuan latihan dsb. ~ penabur peluru yg terdiri drpd bebola logam yg kecil-kecil, yg diisikan di dlm tabung berbentuk silinder (patrum) dan ditembakkan dgn senapang patah. ~ sesat peluru yg ditembakkan dr senapang, pistol dsb yg tidak mengenai sasaran tetapi tersasar ke tempat lain. berpeluru ada pelurunya. berpelurukan menggunakan sesuatu sbg peluru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluru (kata nama)
Bersinonim dengan anak bedil, pelor, mimis, penabur, kacang-kacang, belinjo, gotri.,

Puisi
 

Kututuh mari sebatang pisang,
     Habis menimba selara padi;
Kutembak dengan peluru petunang,
     Naga tak kena ular tak mati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti peluru dua setuangan.

Bermaksud :

Dua orang yang serupa benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pelanduk dua serupa, b. Salin [= sesalin] tak tumpah).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bulletpeluru; bajak peluruKejuruteraanTiadaTiada
bulletpeluru;kepala peluruSejarahTiadaBola-bola atau benda yang separa bulat daripada timah hitam biasanya disaluti dengan logam lain yang ditembakkan dari senapang atau pistol atau senjata api.
anti-ballistic missilepeluru berpandu antibalistikSains PolitikHubungan AntarabangsaSistem pemintas peluru berpandu balistik antara benua (ICBM). Peluru berpandu antibalistik yang mempunyai radar ini merupakan rangkaian pertahanan untuk melindungi kawasan sasaran sesebuah negara daripada serangan peluru berpandu musuh. Walau bagaimanapun, sistem pertahanan ini masih terdedah kepada beberapa langkah balas pihak lawan khususnya melalui tindakan serangan terlebih dahulu terhadap pihak musuh. Kelemahan yang terdapat dalam sistem pertahanan peluru berpandu antibalistik ini membawa kepada termeterainya perjanjian peluru berpandu antibalistik pada tahun 1972. Pembangunan teknologi pertahanan yang berasaskan ruang udara sekitar 1980-an telah berkembang dengan berupaya memusnahkan peluru berpandu di ruang udara sebelum memasuki atmosfera bumi. Contoh penggunaan peluru berpandu antibalistik adalah semasa Perang Dunia Kedua, iaitu Amerika Syarikat dan British melancarkan tindakan memintas peluru berpandu antibalistik V-1 milik Jerman.
side-wall coringpenerasan sisi dindingKejuruteraanPetroleumProses pengambilan sampel formasi dari sisi dinding lubang telaga. Dinding formasi ditembak dengan bajak peluru. Sebaik sahaja peluru itu memasuki formasi, sebahagian daripada formasi akan terbajak ke dalam bajak peluru tersebut. Bajak peluru ini kemudiannya boleh ditarik naik ke permukaan telaga dan sampel formasi boleh dikeluarkan. Beberapa sampel boleh diambil dalam satu operasi.
shotpeluruSukanTiada4. Peluru: Bebola besi atau tembaga yang mampat, berbentuk bulat dan licin.
bullet burbur peluruPerubatanTiadaBur berbentuk peluru.
bullet perforatorpenebuk peluruKejuruteraanTiadaPenebuk yang menggunakan peluru dalam operasi penebukan.
aft magazinestor peluru buritanPelayaranTiadaBilik tempat menyimpan peluru di bahagian buritan kapal.
unload your weaponkeluarkan peluru (Menembak)SukanTiadaMengeluarkan peluru dari rifel atau pistol, selepas tembakan dilakukan pada sukan menembak.
shot putlontar peluruSukanTiadaAcara padang yang menggunakan bebola besi yang disebut peluru yang dilontar sejauh mungkin dari dalam bulatan yang bergaris pusat 2.135 m.
123456789

Kembali ke atas