Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : peluru yg dapat dipandu dr jauh arahnya (utk mengenai sasa­ran); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
peluru (kata nama)
Bersinonim dengan anak bedil, pelor, mimis, penabur, kacang-kacang, belinjo, gotri.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAWALAN JAUH

Kawalan jauh ialah pengawalan sesuatu sistem

dari jarak jauh. Sistem ini digunakan untuk set

televisyen sehinggalah kepada peluru berpandu

atau satelit. Jaraknya mungkin hanya beberapa

meter atau sampai beribu-ribu kilometer.

UMUM 
TENTERA UDARA

Tentera udara ialah cawangan angkatan tentera

sesebuah negara yang bertanggungjawab bagi

operasi ketenteraan di udara. Suatu pasukan

tentera udara terdiri daripada juruterbang dan

pelbagai kakitangan lain, kapal terbang, peralatan

sokongan, dan pangkalan udara. Sesetengah

tentera udara mempunyai peluru berpandu dan

kapal angkasa lepas.

UMUM 
MISIL BERPANDU

Misil berpandu ialah senjata terbang bak bom

yang dipandu ke sasarannya. Sesetengah misil

berpandu adalah pandu sendiri. Ia dilengkapi

komputer dan alat khas yang lain yang

memandunya. Sesetengah misil ini boleh juga

mengejar dan memusnahkan sasaran yang sedang

bergerak seperti kapal terbang atau peluru lain.

Peluru berpandu lain terbang dengan kawalan

manusia, walaupun ia tidak membawa juruterbang.

Ia mengikut arahan yang dihantar melalui radio

daripada pengawal yang mungkin berada jauh.

UMUM 
MEKANISME SERVO

Mekanisme servo ialah sejenis sistem kawalan

yang mengesan dan membaiki kesilapan. Industri

menggunakan mekanisme servo untuk mengawal

mesin automatik. Mekanisme servo menghalakan

senjata pada kapal perang dengan menggunakan

maklumat yang diterima dari radar. Mekanisme

servo juga digunakan untuk mengawal pergerakan

peluru berpandu yang sedang mengikut haluan.

UMUM 
SENJATA NUCLEAR

Senjata nuklear ialah sebarang senjata yang

memperoleh kuasa pemusnahnya daripada

perubahan jirim dalam atom menjadi tenaga.

Semua senjata nuklear ialah peranti letupan. Ini

termasuk misil berpandu, bom, peluru meriam,

periuk api, dan torpedo. Senjata nuklear yang

paling bertenaga lebih memusnahkan berbanding

sebarang senjata konvensional (bukan nuklear).

UMUM 
PESAWAT PENGEBOM

Pesawat pengebom ialah kapal terbang tentera

yang menyerang sasaran di darat dan di laut.

Pesawat pengebom membawa bom, peluru

berpandu, roket, mesingan, dan meriam. Tentera

udara bagi hampir semua negara mempunyai

pesawat pengebom, dan sesetengah perkhidmatan

tentera laut dan marin juga mempunyai pesawat

pengebom.

UMUM 

Kembali ke atas