Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.cu] | ڤماچو

Definisi : 1. faktor (unsur dsb) yg memacu (memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb): hasrat kerajaan utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara; syarikat itu diiktiraf sbg kuasa ~ yg membawa banyak kemajuan teknologi; 2. (Komp) perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dalamnya; ~ cakera peranti perisian ingatan komputer yg diguna­kan utk menyimpan dan mendapatkan kem­bali data pd cakera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.cu] | ڤماچو

Definisi : 1 perkakasan atau perisian yg menggerakkan perkakasan atau perisian lain: Jika anda ingin menggunakan ~ B komputer ini, anda mesti memasukkan disket ke dlmnya. 2 faktor, unsur dsb yg memesatkan sesuatu kegiatan, pembangunan dsb: Hasrat kerajaan adalah utk menjadikan pertanian sbg salah satu ~ ekonomi negara. ~ cakera bahagian pd komputer tempat cakera dimasukkan utk membolehkan maklumat pd cakera tsb dibaca atau utk membolehkan maklumat disimpan pd cakera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemacu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
software driverpemacu perisianTeknologi MaklumatPerisianAtur cara komputer yang membolehkan atur cara komputer aras tinggi berinteraksi dengan peranti perkakasan tertentu. Satu pemacu biasanya berkomunikasi dengan peranti melalui bas komputer atau subsistem komunikasi yang dihubungkan dengan perkakasan tersebut. Apabila satu atur cara panggilan mengaktifkan satu rutin dalam pemacu, pemacu itu akan mengeluarkan perintah kepada peranti tersebut. Sebaik sahaja peranti menghantar data kembali ke pemacu, pemacu tersebut akan melaksanakan rutin dalam atur cara panggilan berkenaan. Pelaksanaan pemacu bergantung pada perkakasan dan sistem pengendali yang sedia ada. HaI ini bererti terdapat pemacu yang boleh digunakan dalam perkakasan atau sistem pengendali tertentu tetapi tidak boleh digunakan dalam perkakasan atau sistem pengendali yang lain. Pelbagai jenis pemacu perisian yang digunakan untuk menyediakan antara muka adalah seperti pemacu perisian pencetak, video, kad rangkaian, kad bunyi, bas tempatan, bas I/O untuk tetikus, papan kekunci dan USB, sistem fail yang berlainan, pengimbas imej serta kamera digital.
follower geargear pengikutMekanikGunaanGear yang gerakannya dihasilkan oleh gear pemacu dan berperanan memindahkan tenaga yang dimasukkan kepada sistem gear yang berkenaan melalui gear pemacu. Lihat juga gear pemacu.
default drivepemacu lalaiKomputerTiadaPemacu cakera yang akan digunakan oleh sistem jika pengguna tidak mengkhususkan pemacu yang perlu digunakan.
Folo-thru drivepemacu Folo-thruKejuruteraan AutomotifTiadaPemacu motor pengengkol jenis inersia yang sama seperti pemacu Bendix tetapi mempunyai pin pengunci.
driverpemacuMekanikGunaanGear (atau kapi) yang menerima kuasa masukkan dan digunakan untuk menggerakkan gear (atau kapi) yang berada pada anggota (biasanya aci) yang hendak diputar. Istilah ini juga digunakan untuk merujuk anggota yang menyokong gear (atau kapi) berkenaan. Lihat juga gear pemacu, kapi pemacu.
drivelinerangkaian pemacuKejuruteraanKejuruteraan MekanikSistem pemacu yang terletak di antara kotak gear dengan pembeza dan terdiri daripada satu atau lebih aci pacu. Pemacu ini menghantar kuasa dari aci output enjin ke roda pacuan untuk menggerakkan kenderaan atau mesin. Bahagian sistem penghantaran automobil ini terdiri daripada aci keluaran enjin, sistem cekam, gear pembeza, dan gear gandar dan terus ke roda pacuan.
Folo-thru drivepemacu Folo-thruKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPemacu motor pengengkol jenis inersia yang sama seperti pemacu Bendix tetapi mempunyai pin pengunci.
cost driverpemacu kosPengurusanPerancanganFaktor yang menjadi penentu kepada keberkesanan kos bagi sesuatu aktiviti syarikat. Pemacu kos bagi sesuatu aktiviti perlu dikenal pasti supaya syarikat dapat memahami dengan lebih baik perkaitan antara kos yang ditanggung dengan aktiviti yang menjadi punca kos tersebut. Pemacu kos digunakan dalam penetapan kos berubah dan kos tak langsung bagi sesuatu aktiviti pengeluaran atau output. Ini akan menjadi asas penentu kos antara unit perniagaan yang mendapat faedah langsung daripada perubahan kos yang terlibat.
idler geargear pemelahuMekanikGunaanGear pertengahan yang menghubungkan pemacu dan pengikut tetapi tidak mempengaruhi nisbah halaju sistem gear yang berkenaan. Gear pemelahu digunakan apabila jarak di antara gear pemacu denga gear pengikut adalah besar tetapi saiz pemacu dan pengikut itu tidak mahu diperbesar. Gear pemelahu digunakan juga untuk mengubahsuaikan hala putaran roda pengikut. Gear ini jyga dinamai roda pepura. Gear ini disebut pemelahu sahaja. Lihat juga gear pemacu, gear pengikut, nisbah halaju.
serial attached SCSI (SAS)SCSI terhubung bersiri (SAS)Teknologi MaklumatPerisianTeknologi perpindahan data yang direka bentuk untuk memindahkan data dari atau ke peranti storan komputer seperti pemacu cakera dan pemacu pita. Teknologi ini menggunakan protokol bersiri titik-ke-titik melalui perintah SCSI yang piawai. Teknologi ini juga menggantikan teknologi bas SCSI selari yang mula dikeluarkan pada pertengahan tahun 1980. SAS juga mempunyai keserasian ke bawah dengan pemacu SATA generasi kedua. Protokol SAS dibangunkan dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Teknikal T10 yang merupakan Jawatankuasa Antarabangsa bagi piawaian teknologi maklumat (INCITS).
12345678910...

Kembali ke atas