Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.lar] | ڤمالر

Definisi : kuantiti yg tidak berubah, lazimnya diwakili oleh simbol tertentu (bergantung pd bidang ilmu yg diperkatakan) (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.lar] | ڤمالر

Definisi : nombor atau kuantiti yg tidak berubah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemalar


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pemalarconstantNilai sesuatu kuantiti yang tetap atau tidak berubah. Contohnya, dalam persamaan y = x + 4, nombor 4 ialah pemalar.Menengah Rendah
fungsi linearlinear functionFungsi yang berbentuk f (x) = ax + b, dengan a, b ialah pemalar dan a ≠ 0. Graf fungsi linear berbentuk garis lurus. Lihat rajahMenengah Atas
ungkapan kuadratikquadratic expressionUngkapan dalam bentuk am ax² + bx+ c, dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0.Menengah Atas
hiperbola segi empat tepatrectangular hyperbolaHiperbola yang dihasilkan oleh graf yang mempunyai persamaan x² - y² = ± k, k ialah pemalar dan k ≠ 0. Lihat rajahMenengah Atas
persamaan kuadratikquadratic equationPersamaan yang boleh ditulis dalam bentuk am, ax² + bx + c = 0 dengan a, b dan c ialah pemalar dan a ≠ 0. Persamaan ini perlu mempunyai satu pemboleh ubah dan kuasa tertinggi pemboleh ubah itu ialah 2.Menengah Atas
fungsi kuadratikquadratic functionFungsi yang berbentuk f (x) = ax2 + bx + c, dengan a, b, c ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 2 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajahMenengah Atas
fungsi kubikcubic functionFungsi yang berbentuk f (x) = ax3 + bx2 + cx + d, dengan a, b, c, d ialah pemalar dan a ≠ 0. Kuasa tertinggi pemboleh ubah ialah 3 dan hanya mempunyai satu pemboleh ubah. Lihat rajahMenengah Atas
ketaksamaan linearlinear inequalityKetaksamaan yang melibatkan ungkapan linear seperti ax + b > 0, ax + b < 0, ax + b ≥ 0 atau ax + b ≤ 0, dengan a ≠ 0, a, b dan c ialah pemalar.Menengah Atas
ketaksamaan kuadratikquadratic inequalityKetaksamaan yang melibatkan ungkapan kuadratik seperti ax2 + bx + c > 0, ax2 + bx + c < 0, ax2 + bx + c ≥ 0 dan ax2 + bx + c ≤ 0, dengan a≠ 0, a, b dan c ialah pemalar.Menengah Atas

Kembali ke atas