Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.na.san] | ڤمانسن

Definisi : perihal memanasi (memanas­kan): tindakan kimia bertambah cepat dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.na.san] | ڤمانسن

Definisi : proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pemanasan globalglobal warmingProses peningkatan suhu purata atmosfera bumi yang boleh menyebabkan perubahan pada pola cuaca dan akan mengakibatkan bencana seperti tsunami dan kemarau.Sekolah Rendah
pemanasanheatingProses memanaskan sesuatu bahan dengan menggunakan tenaga haba.Sekolah Rendah
pemanasan globalglobal warmingPertambahan suhu bumi akibat daripada kesan rumah hijau yang menyebabkan anjakan pola cuaca dan peleburan ais di kutub.Menengah Atas
pemanasan globalglobal warmingFenomena alam yang berlaku apabila suhu purata atmosfera bumi meningkat disebabkan peningkatan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera. Keadaan ini menyebabkan perubahan pada pola cuaca. Pemanasan global juga boleh menukar corak cuaca yang normal kepada tidak normal, dan menyebabkan bencana seperti banjir besar, tsunami, kemarau dan ribut taufan.Menengah Rendah
kesan rumah hijaugreen house effectPemanasan yang berlaku terhadap atmosfera bumi secara perlahan-lahan disebabkan oleh bertambahnya gas-gas seperti karbon dioksida di dalam udara.Sekolah Rendah
pancaran termionthermionic emissionPembebasan elektron melalui pemanasan logam.Menengah Atas
tenaga habaheat energyTenaga yang dihasilkan daripada proses pemanasan sesuatu bahan.Sekolah Rendah
tabung didihboiling tubeAlat yang digunakan untuk eksperimen yang memerlukan pemanasan.Menengah Rendah
penunu BunsenBunsen burnerRadas yang digunakan dalam makmal sains untuk membekalkan api bagi pemanasan.Menengah Rendah
pemejalwapansublimationProses perubahan keadaan jirim daripada pepejal terus kepada gas atau sebaliknya tanpa melalui fasa cecair. Contohnya, pemanasan iodin.Menengah Rendah

Kembali ke atas