Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.na.san] | ڤمانسن

Definisi : perihal memanasi (memanas­kan): tindakan kimia bertambah cepat dgn ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.na.san] | ڤمانسن

Definisi : proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
global warmingpemanasan sejagat/pemanasan globalKejuruteraanTiadaPertambahan suhu bumi akibat daripada kesan rumah kaca yang menyebabkan anjakan pola cuaca dan peleburan tukup ais kutub.
overheatingpemanasan lampauFizikHabaPemanasan logam atau aloi pada suhu tinggi yang amat tinggi tetapi tidak mengubah sifat fizik bahan tersebut.
reheatingpemanasan semulaFizikHabaPemanasan gas atau stim selepas pengembangan isentropik separa untuk mengurangkan kandungan wap.
induction heatingpemanasan aruhanPerubatanTiadaPemanasan aloi dengan elektrik untuk mengelakkan pengoksidaan aloi atau pancaran oleh karbon.
resonance heatingpemanasan resonansKejuruteraanTiadaPemanasan plasma akibat pergerakan ion yang diujakan pada atau hampir dengan frekuensi salah satu daripada pergerakan tabiinya seperti frekuensi siklotron.
aerodynamic heatingpemanasan aerodinamikAeroangkasaTiadaPemanasan sesuatu jasad akibat geseran gas. Sinonim: kinetic heating
laser heatingpemanasan laserKejuruteraanTiadaPemanasan titik bahan dengan menggunakan alur laser terfokus.
shock heatingpemanasan kejutFizikMekanikPemanasan tak seentropi yang terjadi dalam sesuatu bendalir apabila gelombang kejutan melaluinya.
aerodynamic heatingpemanasan aerodinamikFizikHabaPemanasan jasad yang dihasilkan oleh laluan udara atau sebarang gas pada permukaan jasad tersebut. Kesan ini disebabkan oleh proses geseran dan pemampatan antara udara dengan permukaan jasad tersebut dengan kelajuan yang tinggi.
induction heatingpemanasan aruhanFizikHabaPemanasan yang terhasil oleh arus elektrik aruhan.
12345678910...

Kembali ke atas