Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mang.ku] | ڤمڠکو

Definisi : 1. orang yg memegang sesuatu jawatan; 2. timbalan (raja, pegawai, dll); ~ raja timbalan raja: Tun Abdul Razak, ~ Perdana Menteri; 3. orang yg menyeleng­garakan pemerintahan dll, pengelola. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mang.ku] | ڤمڠکو

Definisi : 1 orang yg memegang jawatan utk sementara. 2 orang yg menjadi wakil utk melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pangku
Kata Terbitan : memangku, pemangku,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMANGKU RAJA UMUM 
LI PENG

Li Peng (1928– ), salah seorang pemimpin China

yang paling terkemuka. Dia menjadi pemangku

perdana menteri China pada bulan November 1987

dan menjadi perdana menteri pada bulan April

1988. Perdana menteri mengetuai segala operasi

kerajaan. Sejak tahun 1985, Li menganggotai

Politburo , iaitu badan utama yang membuat dasar

bagi Parti Komunis China. Dia menumpukan

kerjayanya kepada pembangunan sumber tenaga.

Kebangkitannya sebagai seorang pemimpin yang

berkuasa menggambarkan minat China yang

bertambah dalam pembangunan teknologi pada

tahun 1980-an.

UMUM 
SKIM MISSISSIPPI

Skim Mississippi ialah satu projek kewangan

yang melulu yang dirumuskan di Perancis pada

tahun 1717. John Law, ahli ekonomi Scottish,

memulakan rancangan tersebut dan kemudian

menubuhkan organisasi The Mississippi Company.

Pemangku Raja Perancis, Philippe, Duke of New

Orleans memberikan syarikat ini monopoli (hak

eksklusif) untuk meneruskan operasi perniagaan

yang meluas di Lousiana milik Perancis di Amerika

Syarikat, dan di Kanada.

UMUM 
OLAV V

Olav V (1903–1991) menjadi raja Norway pada

tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII,

mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke

Norway semasa berusia dua tahun. Baginda

memasuki Norwegian War College dan Oxford

University. Baginda sering berkhidmat sebagai

pemangku raja semasa ayahanda baginda gering.

Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway

dalam Perang Dunia II (1939–1945). Permaisurinya,

Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun

1954.

UMUM 
SULTAN ALAUDDIN JAUHAR AL-ALAM SYAH

SULTAN ALAUDDIN JAUHAR AL-ALAM SYAH (1795 – 1823), Sultan Aceh (1805 – 1814, 1819 – 1823).  Baginda berusia sembilan tahun ketika ayahandanya Sultan Alauddin Muhammad Syah mangkat.  Bapa saudara sebelah ibunya, Tuanku Raja, memerintah sebagai pemangku raja.  Baginda pernah dihantar oleh ayahandanya menetap seketika di seberang laut, di sebuah kapal British bernama ‘Nonsuch’.  Baginda memperoleh pengetahuan ketenteraan laut, kemahiran tentang pengurusan kapal dan pengetahuan bahasa Inggeris.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAKTAB MELAYU MELAKA

MAKTAB MELAYU MELAKA, maktab perguruan. Maktab ini ditubuhkan di Melaka pada 1 Mac 1900 dengan Mr. S.E. Codrington sebagai pengetuanya yang pertama. Penubuhan maktab ini diusahakan oleh R.J. Wilkinson, Pemangku Nazir Sekolah-sekolah Negeri-Negeri Selat (1898–1909).

 

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SULTAN MUZAFFAR SYAH IIISULTAN MUZAFFAR SYAH III ( ? -1752), Sultan Perak yang ke-13 (1728-1732). Nama sebenar baginda ialah Raja Inu.  Baginda adalah putera Yang Dipertuan Muda Mansyur Syah dan anak saudara Sultan Mahmud Syah (1654-1720).  Sultan Mahmud Syah tidak mempunyai anak dan baginda telah mengambil tiga orang anak saudara lelakinya, iaitu Raja Radin, Raja Inu dan Raja Bisnu, sebagai putera baginda. Raja Inu mendapat gelaran Raja Kecil Besar dan bertindak sebagai pemangku raja.  Baginda juga dijadikan Raja Bernam dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN SALLEHUDDIN SYAHSULTAN SALLEHUDDIN SYAH ( ? -1778), Sultan Selangor yang pertama (1756-1778). Nama sebenar baginda ialah Raja Lumu.  Baginda adalah putera Daeng Celak, Yang Dipertuan Muda Riau (1728-1745).  Pada zaman remajanya, Raja Lumu tinggal di Selangor, tempat penghijrahan orang Bugis.  Baginda kemudiannya telah dilantik sebagai pengganti ketua Bugis Selangor.  Dalam Tuhfat al-Nafis, disebut bahawa baginda bergelar Yang Dipertuan Selangor seawal tahun 1756.  Namun demikian, sehingga Raja Lumu meningkat dewasa, urusan pentadbiran negeri Selangor dijalankan oleh pemangku raja.  Selangor pada masa itu, merupakan sebuah negeri takluk Riau yang dikuasai oleh Yang Dipertuan Muda Bugis, Daeng Kemboja (1745-1777).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas