Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mang.sa] | ڤمڠسا

Definisi : binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk salah seekor bina-tang jenis ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mang.sa] | ڤمڠسا

Definisi : binatang yg memakan binatang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemangsa


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pemangsapredatorHaiwan yang memakan haiwan lain. Contohnya, harimau.Menengah Rendah
pemangsapredatorHaiwan yang hidup dengan menangkap dan memakan haiwan lain.Menengah Atas
kemandiriansurvivalKelangsungan hidup organisma dalam keadaan terpaksa bersaing atau dengan adanya pemangsa.Menengah Rendah
kawalan biologibiological controlKawalan terhadap haiwan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan pemangsa semula jadi kepada perosak tersebut. Contohnya, kutu daun dikawal dengan menggunakan kumbang kura-kura yang memakan kutu tersebut.Menengah Rendah
penyamarancamouflagePeniruan warna, bentuk atau rupa persekitaran oleh haiwan untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa. Contohnya, warna cicak yang hampir sama dengan persekitaran dan warna labah-labah raksasa yang menyamai batang pokok. Lihat RajahSekolah Rendah
pepatungdragonflySerangga yang mempunyai sepasang mata bersegi yang besar, dua pasang sayap panjang yang lut sinar dan merupakan pemangsa yang memakan serangga lain seperti nyamuk dan lalat. Pepatung dikenali juga sebagai odonata. Lihat RajahSekolah Rendah
kawalan biologibiological controlKawalan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan musuh semula jadi kepada perosak tersebut berdasarkan konsep mangsa-pemangsa.Menengah Atas
penglihatan stereoskopikstereoscopic visionPenglihatan yang menggunakan kedua-dua belah mata yang berada di hadapan kepala. Penglihatan ini menghasilkan imej tiga dimensi dan jarak dapat dianggarkan dengan tepat tetapi medan penglihatannya sempit. Haiwan pemangsa biasanya mempunyai penglihatan stereoskopik. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas