Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.mang.sa] | ڤمڠسا

Definisi : binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk salah seekor bina-tang jenis ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.mang.sa] | ڤمڠسا

Definisi : binatang yg memakan binatang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemangsa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
predatorpemangsaBiologiEkologiOrganisma hidup yang memakan organisma lain. Misalnya, harimau, Panthera tigris ialah pemangsa bagi rusa, Cervus unicolor, dan periuk kera, Nephentes gracilis ialah pemangsa bagi nyamuk, Culex pipiens.
biological controlkawalan biologiBiologiEkologiKaedah pengawalan makhluk perosak dengan menggunakan organisma pemangsa yang diperkenalkan atau pemangsa semula jadi. Misalnya, penggunaan burung hantu untuk mengawal tikus di ladang kelapa sawit; penggunaan kaedah pemandulan untuk mengawal kumbang tanduk ladang kelapa; penggunaan parasit bakteria Bacillus thuringiensis untuk mengawal kupu-kupu Plutella xylostella di ladang kubis; dan penggunaan feromon dalam pengawalan lalat buah.
obligate predatorpemangsa obligatBiologiEkologiPemangsa yang memakan satu spesies mangsa sahaja.
predatorpemangsaPerikananTiadaHaiwan yang memakan haiwan lain untuk hidup. Ikan pemangsa biasanya mempunyai mulut yang besar, rahang yang kuat serta gigi yang tajam. Ikan ini mempunyai tabiat makan secara meragut atau menyentap. Selain itu, ikan ini juga menangkap mangsa dengan cara menyerang hendap atau mengejar mangsanya.
Mullerian memicrykemimikan MullerianBiologiEkologiKemimikan di kalangan serangga apabila dua spesies yang berbahaya atau tidak sedap dimakan oleh pemangsa menyerupai satu sama lain. Kedua-dua spesies beruntung daripada persamaan ini, kerana apabila pemangsa telah memakan salah satu spesies tersebut, pemangsa berkenaan akan cuba mengelakkan dirinya daripada spesies yang satu lagi.
predatory food chainrantai makanan pemangsaBiologiEkologiRantai makanan yang bermula daripada tumbuhan, dan diikuti dengan herbivor, dan kemudiannya daripada pemangsa, iaitu karnivor kecil kepada karnivor yang lebih besar.
ambushing predatorspemangsa hendapPerikananTiadaIkan yang mempunyai tabiat menyamar atau bersembunyi di sebalik kayu, batu atau pasir untuk mengelakkannya daripada dikenali dan dilihat oleh mangsa. Pemangsa hendap menangkap mangsa dengan sepantas kilat. Contohnya, ikan kerapu, haruan, toman dan depu.
predatorpemangsaGeografiTiadaTiada
predatorpemangsaPerikananTiadaTiada
predatorpemangsaPerhutananTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas