Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.man.ta.pan] | ڤمنتڤن

Definisi : perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan pengayaan, sejajar dgn berkembangnya ba-hasa itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.man.ta.pan] | ڤمنتڤن

Definisi : perihal (perbuatan) memantapkan; penstabilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mantap (adjektif)
Bersinonim dengan stabil, tetap, mapan, malar, kukuh, teguh;,
Kata Terbitan : memantapkan, kemantapan, pemantapan, pemantap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya berpendapat bahawa frasa yang betul "mengambil soal tatabahasa berat", bukan "mengambil berat soal tatabahasa" dan "mengambil berat tentang soal tatabahasa". Begitulah juga halnya dengan "memandang usaha pemantapan sistem bahasa remeh" yang saya anggap betul dan "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa" dan "memandang remeh kepada usaha pemantapan sistem bahasa" saya salahkan. Sila tatap WordPad saya untuk memahami kewarasan dan peraturan bahasa Melayu yang saya patuhi. Wordpad ini berisi pertanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, tetapi oleh sebab saya perlu akan keahlian kebahasaan tuan, saya juga menghantar tulisan soal ini kepada tuan.Ambil berat ialah kata majmuk yang bermaksud peduli. Frasa yang betul ialah "mengambil berat soal tatabahasa". Begitu juga dengan frasa "memandang remeh usaha pemantapan sistem bahasa", betul.Tatabahasa16.12.2016
PENGAJARAN BAHASA INGGERIS DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI: IMPLIKASINYA TERHADAP USAHA PEMANTAPAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIAPengajaran bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi sememangnya mempunyai implikasi terhadap pemantapan bahasa Melayu di Malaysia. Seharusnya pengajaran bahasa Melayu mesti terus dipergiat dan dipertingkatkan supaya tidak ketinggalan dalam pelbagai bidang yang lain yang tidak kurang pentingnya.Lain-lain25.08.2006
Salam. Adakah tepat nama institusi ini: Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM). Adakah cadangan nama yang lebih baik? Terima kasih.Berdasarkan semakan kami, perkaderan ini merujuk perihal mementuk ahli terlatih dalam sesuatu bidang. Dilihat dari aspek makna, perlulah membentuk ahli terlebih dahulu barulah memantapkannya. Cadangan kami, institusi tersebut dinamakan Institut Perkaderan dan Pemantapan Akidah Malaysia.Tatabahasa15.09.2015
Dalam penulisan teks, yang mana lebih tepat dan gramatis untuk menulis tajuk atau subtajuk, iaitu: 1. Memantapkan Kerjasama Antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Masyarakat; atau 2. Pemantapan Kerjasama Antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Masyarakat Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Pemantapan Kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang dengan Masyarakat , lazimnya tajuk/subtajuk ditulis dalam bentuk kata nama. Tatabahasa06.01.2015
SALAM... SAYA INGIN BERTANYA TENTANG KEADAH TATABAHASA YANG MUDAH DIPELAJARI OLEH PELAJAR, GURU DAN MASYARAKAT...SAYA JUGA INGIN BERTANYA JIKA PIHAK DBP ADA MENAWARKAN KURSUS UNTUK PEMANTAPAN BAHASA MELAYU SEPERTI TATABAHASA, PENULISAN DAN SEBAGAI...JIKA ADA, HARAP DAPAT HUBUNGI SAYA DI TALIAN 0179057297 - SHAYAUMILDewan Bahasa dan Pustaka ada melaksanakan kursus pemantapan bahasa.  Sila hubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Tingkat 22, Menara DBP,  Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460  Kuala Lumpur,  untuk mendapatkan maklumat kursus yang akan diadakan.Tatabahasa30.04.2011
KEDUDUKAN DAN FUNGSI BAHASA MELAYU DI MALAYSIA BELUM CUKUP MANTAP.APAKAH LANGKAH-LANGKAH PEMANTAPAN YANG PATUT DI BUAT OLEH KERAJAAN BAGI MENANGANI MASALAH TERSEBUT?Rmy. kedudukan dan fungsi bahasa Melayu telah jelas dibincangkan dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152. diharap saudara lihat dahulu apa yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan dan sekiranya Sdr. masih memerlukan jawapan, sila hubungi kami . Terima kasih.Lain-lain01.12.2007
pertanyaan saya apakah peranan DBP dan strategi yang dirangka utk memupuk minat membaca dikalangan rakyat malaysiaSalah satu fungsi DBP ialah melaksanakan kegiatan peluasan dan pemantapan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Salah satu langkah yang diambil untuk memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan rakyat ialah memperbanyakkan penerbitan buku untuk pelbagai peringkat umur. Usaha ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan jumlah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia setahun.Lain-lain15.07.2009
Umur saya 10 tahun sekarang.Boleh kah saya melanggang Khidmat Nasihat?Saya hanya melanggang borang ini untuk menjayakan kehidupan saya.

Terima kasih atas keprihatinan adik tentang Khidmat Nasihat kami khususnya demi pemantapan penguasaan bahasa adik. Untuk makluman adik, Khidmat Nasihat ini tidak perlu dilanggan.  Khidmat ini percuma demi membantu masyarakat menguasai bahasa kebangsaan dalam pelbagai urusan seperti pelajaran, surat-menyurat, dokumen, iklan dan sebagainya.  Semoga kami dapat membantu adik.  Tahniah atas kprihatinan adik.

 

 

Sekian, dan terima kasih.

Lain-lain11.06.2008
Chemigation = pengkimiairan. Adakah kata dasarnya 'kimiair'?Salam sejahtera,

Tuan,

Chemigation-pengkimiairan merupakan istilah bagi bidang pertanian. Perkataan ini melalui proses pembentukan istilah.
 
Untuk makluman, pembentukan istilah melibatkan tiga proses, iaitu pemantapan, pemadanan (penterjemahan, penyerapan, penyesuaian imbuhan istilah asing, gabungan penterjemahan dan penyerapan) dan perekaciptaan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tatacara pembentukan istilah, sila rujuk buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu edisi baharu (2005) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sekian, terima kasih.
Istilah01.07.2019
Assalamualaikum w.b.t Tuan/Puan Akademi Sains Malaysia (ASM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM-ASM) berminat untuk mengetahui lebih lanjut sekiranya DBP ada menyediakan perkhidmatan latihan (in-house) untuk kakitangan ASM berkaitan Pemantapan Bahasa Melayu Lanjutan / Penggunaan Bahasa Melayu Profesional memandangkan pegawai kami mempunyai masalah dalam penulisan dan pertejemahan Bahasa Melayu yang betul. Sekian, terima kasih.DBP amat menghargai dan mengucapkan terima kasih atas komitmen pihak puan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Untuk maklumat mengenai kursus yang dianjurkan oleh DBP, puan boleh menghubungi Akademi DBP melalui:

1) Dr. Haji Santrol Abdullah 
    Ketua Akademi DBP
    03-21470201/1201 / santrol@dbp.gov.my

2) Puan Noraini binti Abd Shukor
    03-21479230 / aini76@dbp.gov.my

3) Akademi DBP
    akademi@dbp.gov.my
Lain-lain06.04.2023
123

Kembali ke atas