Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.man.tau] | ڤمنتاو

Definisi : 1. orang atau pihak yg memantau: pasukan ~ yg ditubuhkan itu perlu diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri; 2. alat utk memantau: sistem ini juga menyokong peralatan lain termasuk ~ jantung wayarles. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.man.tau] | ڤمنتاو

Definisi : 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan ~ sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan ~ degupan jantung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemantau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Maksud perkataan pemantauanPemantauan berasal daripada kata 'pantau'yang bermakna memantau, melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa memantau  projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: Pemantauan  terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan pemantau sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan pemantau degupan jantung. Oleh itu, kata pemantauan bermakna perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau.Makna06.10.2010
Sejauhmanakah pihak DBP memainkan peranan dalan memantau penggunaan perkataan dan bahasa yang betul dalam dunia pengiklanan terutama sekali papan tanda kedai-kedai yang kebanyakkannya salah . Contohnya "Kedai Menjual Alatulis" jelas salah penggunaan perkataan alat tulis. Harap DBP memohon daripada kerajaan menubuhkan satu pasukan pemantau bagi memantau penggunaan strukrur bahasa yang betul dan tidak megelirukan pelajar.Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) sentiasa memberikan khidmat nasihat bahasa kepada masyarakat pengguna bahasa dalam sektor awam dan swasta.  DBP juga melaksanakan kerja pemantauan dan seterusnya membuat teguran terhadap kesalahan penggunaan bahasa dalam kedua-dua sektor tersebut. Masyarakat pengguna bahasa,contohnya pihak berkuasa tempatan juga sentiasa  menghubungi DBP untuk menyemak penggunaan bahasa yang betul dalam urusan kerja di tempat masins-masing. DBP mengalu-alukan cadangan untuk menubuhkan pasukan pemantau  dan berharap cadangan ini dapat direalisasikan.  Lain-lain15.11.2008
salam bahagia, saya ingi bertanya bolehkah perkataan "terutama" digunakan di permulaan ayat? adakah ianya kata hubung? diberi contoh ayat bagi surat peringatan : 2. Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai kami di Cawangan Perolehan mendapati bahawa berkenaan tentang KETIDAKHADIRAN pekerja-pekerja pembersihan sejak November 2017.Susulan daripada itu kami juga menerima aduan daripada Pegawai Pemantau yang dilantik bagi setiap lokasi mengenai keadaan kebersihan persekitaran di ruang pejabat, lobi dan tandas berada pada tahap TIDAK MEMUASKAN. Terutama longgokan sampah yang banyak bagi setiap tempat tidak dikutip dan tiada penyediaan tisu dan sabun pencuci di tandas dan sebagainya.Salam sejahtera,

Tuan,

Terutama merupakan kata terbitan bagi perkata "utama". Perkataan "utama" merupakan kata adjektif. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif tidak boleh digunakan pada awal ayat.

Sila kemukakan soalan berikutnya dengan lebih jelas.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa14.12.2017
Encik/Cik, Kami ingin membuat permohonan lesen untuk Iklan paparan di depan Hotel. Sebelum kami menghantar pemohonan lesen untuk iklan paparan. Kami ingin mendapat pengesahan tentang kebetulan bahasa and perkataan. 1.Iklan Pertama Bilik Dari RM45+ sehari Sewaan Bulanan dari RM680+ sebulan Sila hubungi 6012 658 0204 2.Iklan Kedua BILIK HARIAN DARI RM45.00* SEWA BULANAN DARI RM680.00* *Pembersihan Mingguan *Internet Wi Fi *Electrik & Air *Dispenser Air *Pemantau CCTV & Perkhidmatan 24 jam *Menerima Bungkusan di Kaunter Pejabat Hadapan Hubungi 6012 658 0204 untuk maklumat lanjut
Berikut merupakan cadangan pembetulan untuk ayat yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kesalahan lain yang dinyatakan pada maklum balas iklan, tuan perlulah membuat pembetulan sebagaimana yang dicadangkan oleh pegawai penyemak dan pengesah iklan.

1. Sewa Bilik Harian daripada RM45+ , Bulanan daripada RM680+, Sila Hubungi 60126580204
2. Sewa Bilik Harian daripada RM45.00*, Bulanan daripada RM680.00*, *Pembersihan Mingguan, Internet Wi-Fi, *Elektrik dan Air, Penapis Air, Pemantauan CCTV dan Perkhidmatan 24 Jam *Menerima Bungkusan di Kaunter Pejabat, Hubungi 60126580204 untuk maklumat lanjut.
Lain-lain10.03.2022

Kembali ke atas