Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.man.tauan] | ڤمنتاوان

Definisi : perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau: ~ terhadap perkembangan projek itu sering dilakukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.man.tauan] | ڤمنتاوان

Definisi : perbuatan atau tindakan memantau: ~ terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemantauan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
performance supervisionpemantauan prestasiPentadbiranPentadbiran Awam

Pengawalseliaan majikan terhadap pekerja dalam konteks prestasi kerja. Setiap organisasi mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza-beza dalam membuat pemantauan. Pemantauan prestasi ini berteraskan lima kaedah utama, iaitu pengenalpastian matlamat organisasi yang hendak dicapai, penetapan standard kerja yang optimum sebagai garis panduan kerja, pelaksanaan kerja yang telah ditetapkan dan penyemakan terhadap kerja yang telah dilakukan, penilaian prestasi berdasarkan standard yang telah ditetapkan dengan yang sebenar dilakukan dan pemberian maklum balas hasil daripada penilaian yang dibuat. Biasanya, pengawalseliaan ini bukan sahaja melibatkan cara pekerja melaksanakan tugas tetapi mencakupi cara majikan menyediakan kemudahan terhadap pekerja.

radiation monitoringpemantauan sinaranFizikAtom dan NuklearPengukuran aras dan ketumpatan arus sinaran, atau kuantiti bahan radioaktif. Penggunaan hasil pengukuran tersebut adalah untuk menilai kemungkinan pendedahan dan dos sinaran. Sinonim pemantauan, pemantauan perlindungan sinaran.
hemodynamic monitoringpemantauan hemodinamikPerubatanTiadaPemantauan bacaan hemodinamik seperti tekanan darah, keluaran kardiak dan tekanan vena pusat dengan menggunakan alat tertentu.
monitoringpemantauanFizikAtom dan NuklearLihat pemantauan sinaran.
monitoring procedureprosedur pemantauanMakanan dan PemakananMakananProsedur pemantauan merupakan kaedah pemerhatian yang dijalankan secara berterusan dan diguna pakai dalam sistem HACCP bagi memastikan setiap titik kawalan kritikal berada dalam julat yang ditetapkan.
therapeutic drug monitoring (TDM)pemantauan terapeutik ubat (TDM)PerubatanTiadaPemantauan paras ubat dalam darah untuk membantu menghasilkan regimen perawatan yang sesuai dan selamat bagi setiap pesakit. TDM digunakan untuk memantau paras ubat yang mempunyai indeks terapeutik yang kecil, mengenal pasti toksisiti ubat dan menilai status kepatuhan pesakit.
radiation protection monitoringpemantauan perlindungan sinaranFizikAtom dan NuklearLihat pemantauan sinaran.
non-invasive blood pressure monitoringpemantauan tekanan darah tak invasifPerubatanTiadaPemantauan tekanan darah dengan menggunakan alat tanpa menusuk tisu. Alat yang digunakan ialah sfigmomanometer dan dinamap.
person under monitoringorang dalam pemantauanKesihatan AwamTiadaIndividu yang berada dalam pemantauan untuk dimulakan siasatan bagi mengesahkan jika individu tersebut mempunyai gejala jangkitan penyakit berjangkit.
pharmacist workup for drug therapyproses pemantauan terapi dadahSains KesihatanTiadaPemantauan yang dilakukan oleh ahli farmasi terhadap terapi dadah kepada pesakit.
12345678910...

Kembali ke atas