Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.pa.ran] | ڤماڤرن

Definisi : perbuatan mencari orang utk dijadikan askar (kelasi dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.pa.ran] | ڤماڤرن

Definisi : perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) memaparkan: ~ teksnya tidak begitu bagus; media massa terlalu banyak memberi ruang kpd ~ hidup cara Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.pa.ran] | ڤماڤرن

Definisi : perbuatan atau tindakan memaparkan sesuatu (gambar, kisah dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papar (adjektif)
Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;,
Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Jika saya ingin menghantar artikle sains Bahasa Malaysia untuk pemaparan dalam jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia seperti dalam lampiran, apakah prosedurnya? Terima kasih.Artikel itu telah disemak dan sesuai untuk jurnal saintifik. Dewan Bahasa menerbitkan Dewan Kosmik, yang merangkumi makalah umum tentang sains dan teknologi. Oleh itu, artikel tuan boleh diterima dengan pendekatan penulisan yang umum. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi editor Dewan Kosmik, Pn Norizan Muslim, norizan2@dbp.gov.myLain-lain20.10.2010
Golongan muda merupakan generasi yang amat berpengaruh dalam sesebuah novel. Apakah definisi 'golongan muda' dan tafsirannya berdasarkan pandangan sarjana tempatan dan luar negara? Berapakah lingkungan umur yang boleh dikategorikan sebagai golongan muda? Apakah kesan pemaparan golongan muda terhadap jalan cerita sesebuah novel? Apakah tafsiran sikap individuistik berdasarkan pandangan sarjana tempatan dan luar negara?Secara umum golongan muda yang dimaksudkan ialah penulis muda dalam kesusasteraan kebangsaan yang lingkung umur mereka sekitar 18 tahun hingga 40 tahun. Berkaitan dengan soalan 'kesan pemaparan penulis muda dalam sesebuah novel' memerlukan satu kajian yang boleh dibuat berdasarkan satu atau beberapa buah karya yang dihasilkan oleh penulis muda dalam lingkungan umur di atas.  Begitu juga dengan soalan berkaitan dengan 'tafsiran sikap individulistik' penulis muda juga memerlukan kajian.Lain-lain20.06.2010
Selfi sudah dirakam dalam Kamus Dewan Perdana. Bolehkah "selfi" digunakan dalam bahasa formal berbanding "swafoto"?Kata "swafoto" ialah kata yang digubal dan dijadikan padanan bagi kata pinjaman bahasa Inggeris selfie. Kata ini diperkenalkan untuk penggunaan dalam bidang Fotografi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Maklumat dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) menunjukkan terdapat penggunaan kata "selfi" dalam masyarakat pengguna bahasa Melayu. Meskipun begitu, daripada pemaparan takrif yang diberikan, pengguna disarankan menggunakan kata "swafoto" yang lebih standard dan formal. Hal ini bermakna kata "selfi' tidak disarankan dalam penggunaan bahasa rasmi/formal.

Perlu difahami, kamus merupakan perakam penggunaan sesuatu kata yang terdapat dalam bahasa masyarakat penutur bahasa tersebut pada masa terbitan kamus itu. Namun, pengguna berhak memilih kata yang sesuai dalam situasi dan konteks penggunaannya secara bijaksana.
Lain-lain05.03.2024
Salam sejahtera, saya ingin mendapat kepastian tentang perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu Android, iOS, Windows, Hip-Hop dan Punk. 1. Adakah perkataan-perkataan ini mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu ? 2. Jika hendak digunakan dalam karangan bahasa Melayu, apakah sistem ejaannya yang betul ?Berikut merupakan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang ditanya:
a) android: android
b) hip-hop: hip-hop
c)punk: rock punk

Sila rujuk halaman PRPM http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=android&d=286464&#LIHATSINI untuk maklumat lanjut.

iOS dan Windows merupakan kata nama khas. Oleh itu, ejaannya dikekalkan seperti perkataan asal. Sekiranya "windows" digunakan sebagai kata nama am seperti "cascading windows", perkataan "windows" diterjemahkan sebagai tetingkap melata (kaedah pemaparan susunan tetingkap yang bertindih supaya bar tajuk masing-masing sentiasa kelihatan iaitu tidak terlindung atau tertindih).
Makna07.12.2018

Kembali ke atas