Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.pa.ran] | ڤماڤرن

Definisi : perbuatan mencari orang utk dijadikan askar (kelasi dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.pa.ran] | ڤماڤرن

Definisi : perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) memaparkan: ~ teksnya tidak begitu bagus; media massa terlalu banyak memberi ruang kpd ~ hidup cara Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.pa.ran] | ڤماڤرن

Definisi : perbuatan atau tindakan memaparkan sesuatu (gambar, kisah dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papar (adjektif)
Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;,
Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
picture generationpenjanaan gambarTeknologi MaklumatTiadaKaedah penjanaan gambar untuk sistem grafik interaktif. Terdapat dua pendekatan yang lazim digunakan iaitu pendekatan pemaparan fail dan pendekatan fail pemaparan berstruktur. Pendekatan pemaparan fail ialah kaedah menjana gambar dengan mengekalkan kesemua data grafik di dalam satu fail paparan sahaja yang digunakan untuk memandu pameran gambar. Pendekatan kedua iaitu pendekatan fail pemaparan berstruktur iaitu dengan mengekalkan data dalam struktur data jenis senarai yang kemudian digunakan untuk menjana fail paparan. Kelajuan interaksi sistem grafikal adalah berasaskan kepada program yang merentasi struktur data yang disusun dalam senarai untuk menghasilkan fail paparan untuk peranti paparan.
unfoldingpemaparanGeologiTiadaTiada
expressivity (genetics)daya pemaparan (genetik)PertanianTiadaTiada
angioplacentographyangioplasentografiPerubatanTiadaPemaparan salur-salur darah plasenta dengan sinar X.
dianoiadianoiaKesusasteraanTiadaPemaparan unsur pemikiran yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Unsur pemikiran yang dipaparkan merupakan inti pati sesuatu idea yang terdapat dalam karya, biasanya karya puisi. Unsur pemikiran tersebut sering diungkapkan sebagai tema utama, tergambar dengan kesan emosi, kepercayaan, kenyataan atau corak tingkah laku watak yang terdapat dalam karya tersebut. Menurut Aristotle, dianoia merupakan salah satu daripada tiga unsur dalam karya sastera selain unsur mitos (cerita atau plot) dan etos (perwatakan).
portraiturepenampilan mukaKomunikasiTiadaPemaparan mimik muka watak yang diberi tumpuan khusus oleh kamera untuk meningkatkan kesan emosi kepada khalayak.
tiledjubinTeknologi MaklumatTiadaPemaparan objek sebelah-menyebelah.
role expectationharapan perananKomunikasiTiadaPemaparan imej yang wujud dalam bentuk tingkah laku yang dilakukan oleh sesuatu bangsa sering kali dikaitkan dengan tingkah laku sebenar sesuatu kaum yang melakonkan sesuatu watak itu. Contohnya, kaum kulit hitam kerap digambarkan dengan peranan ganas maka keyakinan penonton akan kekal menganggap orang-orang berkulit hitam adalah ganas.
animationanimasiTeknologi MaklumatTiadaProses pemaparan jujukan siri imej pegun untuk mendapatkan kesan gerakan. Gerakan yang normal, iaitu yang menyamai gerakan biasa, adalah 30 bingkai imej pegun per saat. Contohnya siri animasi televisyen Anak-anak Sidek, Usop Sontorian dan Keluang Man.
voucher specimenspesimen baucarHerbaTiadaPemaparan spesimen bahagian herba terawet yang disediakan menurut kaedah tertentu. Spesimen baucar ini disimpan dalam herbarium bagi tujuan rujukan dan pengenalpastian herba berdasarkan ciri morfologi.
1234

Kembali ke atas