Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.sa.ngan] | ڤماسڠن

Definisi : perbuatan (kerja) memasang: ~ kawat telegraf; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.sa.ngan] | ڤماسڠن

Definisi : perbuatan atau kerja memasang: Kebanyakan kemalangan elektrik disebabkan oleh kecuaian, kejahilan dan ~ wayar yg tidak betul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemasangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa perbezaan istilah pepasangan dan pemasangan. Betulkah ayat saya, " Sebanyak 2 pepasangan sistem pencegah kebakaran tidak berfungsi di bangunan itu. Oleh itu pemasangan baru sedang dijalankan.

Pepasangan tiada dalam rujukan kami. Ayat yang dicadangkan ialah sebanyak dua set atau dua pasang sistem pencegah kebakaran tidak berfungsi di bangunan itu. Oleh itu pemasangan baru sedang dijalankan.

Tatabahasa20.11.2008
Pusat Pemasangan dan Servis Kenderaan NGVPusat Pemasangan dan Servis Kenderaan NGVTatabahasa09.07.2008
Bolehkah istilah "seni pemasangan" atau "seni instalasi" digunakan untuk istilah "installation art"? Terima kasih.Kami mencadangkan installation art diterjemahkan kepada seni pemasangan.Penyemakan dan penterjemahan03.05.2017
adakah ini ayat yang betul? Berdasarkan laporan kerja-kerja pemasangan pewangi, didapati pihak tuan telah terlebih membuat tuntutan bayaran bulanan dari bulan Mei 2015 hingga September 2017.Ayat yang betul ialah berdasarkan laporan kerja pemasangan pewangi, didapati pihak tuan telah terlebih membuat tuntutan bayaran bulanan dari bulan Mei 2015 hingga September 2017.Tatabahasa01.11.2017
harga pemasangan baner dan banting berapa?Untuk makluman puan, Perkhidmatan Pengesahan Bahasa visual iklan  DBP hanya mengenakan caj semakan dan Pengesahan bahasa Melayu di Kaunter atau Dalam Talian  dan caj yang dikenakan ialah sebanyak RM10 untuk Gegantung dan Kain Rentang. DBP tidak terlibat dengan urusan pemasangan Gegantung dan Kain Rentang.Lain-lain28.08.2018
saya ingin buat pemasangan bannar di bandar raub,pahang. mohon tuan/puan luluskan bahasa banner saya. size banner : 4' x 20' terima kasihSila terjemahkan perkataan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain20.11.2014
BUNTING 2'x6' (outdoor) pemasangan pada tiang lampu jalan sila semakan perkataan dlm bauntung yg dilampirkan dibawah... terimakasih...Pembetulan:
1. JUALAN PROMOSI HARI RAYA
2. LANDSKAP AKUARIUM
3. 9.00 PG. - 6.00 PTG.
4. Tel.
Sila buat pembetulan dan kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) dan lampirkan visual dalam fail jpeg atau gif.
Lain-lain22.06.2015
(a) mengawal selia pengilangan, penjualan, pemasangan, pengujian, penservisan, dan pengecasan semula kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; (a) regulating the manufacture, sale, installation, testing, servicing, and recharging of fire-fighting equipment or fire safety installation; apakah padanan bagi perkataan 'servicing'. bolehkan dipadankan diengan 'penservisan'?Istilah servicing dalam bidang Kejuruteraan ialah rawatan, manakala makna lazim ialah khidmat atau perkhidmatan. Istilah22.08.2022
Bagaimana untuk menyemak bahasa untuk pemasangan gegantung

Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain17.05.2018
Mohon surat pengesahan penggunaan bahasa untuk pemasangan papan iklan di syarikat GC seperti di lampiran fail yang disertakanUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain16.12.2015
1234

Kembali ke atas