Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.sa.ran] | ڤماسرن

Definisi : perihal atau perbuatan mema­sarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) pen­jualan hasil-hasil pertanian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.sa.ran] | ڤماسرن

Definisi : perbuatan atau hal memasarkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasar (kata nama)
Bersinonim dengan pekan, pekan sari, pasar raya, pasar mini, pasar malam, pasar kering, pasar basah, pasar tani, pasar besar, pesara, pasara;,
Kata Terbitan : memasarkan, pasaran, pemasaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Crowd Marketing"? Pemasaran khalayak? Pemasaran ramai? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah crowd marketing ialah pemasaran khalayak.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah29.09.2022
Adakah terjemahan ini betul? "Conference Marketing" --> Pemasaran Persidangan Dalam pemasaran acara (event marketing), ada syarikat yang menyertai 'tradeshow', ada yang mengadakan persidangan (conference) sebagai satu strategi pemasaran yang ditujukan kepada pengguna atau sasaran populasi. Jadi model pemasaran yang menggunakan persidangan sebagai pengantara disebut "Conference marketing".Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan "conference marketing" iaitu pemasaran persidangan sesuai mengikut konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang yang dinyatakan. Makna30.09.2022
Yang mana yang betul: a) Pemasaran adalah falsafah b) Pemasaran ialah falsafahPemasaran ialah falsafah.Tatabahasa05.10.2011
Apakah istilah yang sepadan dengan "buzz marketing"? Menurut kamus Inggeris-Melayu, "buzz" maksudnya desas-desus atau baz. Adakah "buzz marketing" boleh diterjemah sebagai "pemasaran baz" atau "pemasaran gegar"? Untuk makluman, "buzz marketing" merujuk kepada strategi pemasaran yang mengandalkan kepada pengaruh positif dan penyebaran berita secara alami oleh masyarakat untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan.Padanan bahasa Melayu bagi istilah buzz marketing ialah pemasaran heboh. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah21.05.2023
Assalamualaikum warga DBP. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Disini saya ada satu pertanyaan.. saya ada menghantar permohonan jawatan kosong untuk jawatan eksekutif pemasaran dan pembantu pemasaran kanan baru baru ini.. bolehkah saya tahu bila diproses akan permohonan tersebut dan penggilan interview (sekiranya saya layak) ? Mohon respon :) Terima Kasih.. :)Untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan, sila hubungi Bahagian Personel melalui talian am 03-21479000/9001/9002.Lain-lain10.07.2016
Manakah antara berikut adalah benar tentang Kata Nama Khas. A. Encik Redza merupakan Ketua Eksekutif Pemasaran di Syarikat Bernas. B. Encik Redza merupakan ketua eksekuif Pemasaran di Syarikat Bernas.Penulisan kata nama khas yang betul ialah “Encik Redza merupakan Ketua Eksekutif Pemasaran di Syarikat Bernas”.Ejaan21.06.2023
Awin Darlina Jun 3rd, 11:12pm hye boleh tak saya berhubung dgn pemasaran dan pengedaran.terima kasih.Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin di talian 03-41012328 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasihLain-lain03.06.2015
Saya ingin bertanya. Adakah tajuk "STRATEGI PEMASARAN KONTEN” boleh diguna pakai?Perkataan "konten” tiada dalam kosa kata bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan. Cadangan tajuk yang boleh digunakan ialah “Strategi Pemasaran Kandungan".Tatabahasa19.03.2024
dimana atau bagaimana saya boleh dapatkan buku PERANGAI BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI --- PENDETA ZAABA. Saya tinggal di Terengganu. Sekian. TerimakasihPembelian buku DBP juga boleh dibuat secara dalam talian. Sila layari laman web kami atau hubungi Bahagian Pemasaran DBP melalui pegawai Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012328 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my.Lain-lain24.12.2015
Bolehkah "kombo" digunakan sebagai terjemahan "combo deals" atau tawaran yang sama dengannya dalam konteks pemasaran? Jika ya, ia masih belum dimasukkan ke dalam senarai istilah.Merujuk Kamus Dewan Perdana 2021, perkataan kombo juga bermaksud gabungan yang merujuk dalam konteks pemasaran seperti yang tuan maksudkan. Perkataan kombo boleh digunakan untuk terjemahan bahasa Inggeris combo deals.Istilah10.02.2022
12345678910...

Kembali ke atas