Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ka.ran] | ڤمباکرن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dsb) membakar: ~ mayat; 2. ark tempat membakar: ~ kapur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ka.ran] | ڤمباکرن

Definisi : cara atau perbuatan membakar: ~ mayat dilakukan oleh orang-orang yg beragama Hindu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembakaran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UDARA LEBIHANUdara tambahan yang diperlukan dalam sesuatu proses pembakaran. Udara lebihan dikenali juga sebagai udara lebihan pembakaran atau udara tambahan pembakaran. Ia diperlukan bagi memastikan pembakaran sesuatu bahan api itu dapat berlaku dengan lengkap. Dengan adanya udara lebihan, jumlah haba yang maksimum diperoleh daripada sesuatu pembakaran bahan api....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
UDARA PEMBAKARANUdara yang digunakan dalam proses pembakaran. Udara mengandungi satu kmol oksigen dan 3.76 kmol nitrogen. Oksigen merupakan komponen penting dalam proses pembakaran bahan api. Kuantiti udara yang diperlukan hanya mencukupi untuk proses pembakaran sesuatu bahan api dinamai udara teori atau udara stoikiometri. Ia dikira berdasarkan persamaan kimia tindak balas yang terlibat dalam proses pembakaran. Secara praktik, proses pembakaran lengkap sukar dicapai dengan hanya menggunakan udara teori. Oleh itu, udara yang diperlukan biasanya melebihi jumlah udara ...Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
PEMBAKARAN SPONTAN UMUM 
PEMBAKARAN MAYAT UMUM 
PEMBAKARAN UMUM 
ENJIN PEMBAKARAN DALAM

Enjin pembakaran dalam, menghasilkan

kuasa dengan membakar bahan api di dalam enjin.

UMUM 
OKSIDA

Oksida ialah sebatian kimia yang terdiri daripada

oksigen dengan beberapa unsur lain. Oksida

biasanya terbentuk apabila unsur teroksida.

Contohnya, pembakaran karbon yang ada dalam

batu arang atau kayu mengeluarkan karbon

dioksida (CO 2 ) dan karbon monoksida (CO).

Pembakaran adalah pengoksidaan cepat. Karbon

dioksida juga terbentuk melalui proses

pengoksidaan perlahan dalam sel haiwan, dan

dihembus keluar daripada paru-paru. Pengaratan

besi ialah pengoksidaan perlahan. Karat

mengandungi ferik oksida (Fe 2 O 3 ).

UMUM 
GAS SEROMBONGGas yang dihasilkan daripada proses pembakaran sesuatu bahan api termasuk nitrogen daripada udara dan oksigen dariapada udara lebihan yang dibekalkan tetapi tidak termasuk air.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
ENJIN PETROL

Enjin petrol ialah enjin yang menggunakan

petrol sebagai bahan api. Di dalam enjin,

pembakaran bahan api yang bercampur dengan

udara menghasilkan gas panas yang mengembang

dan menolak bahagian enjin tertentu dan

menyebabkan bahagian-bahagian tersebut

bergerak. Atas sebab ini, enjin petrol dikenali

sebagai enjin pembakaran dalam.

UMUM 
ENJIN ROTARI

Enjin rotari ialah sejenis enjin pembakaran

dalam yang menggunakan rotor (bahagian

berputar) menggantikan omboh.

UMUM 
123

Kembali ke atas