Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.lut] | ڤمبالوت

Definisi : sesuatu yg dipakai utk membalut: kain ~ luka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.lut] | ڤمبالوت

Definisi : apa-apa yg dipakai utk membalut: kain ~ luka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembalut

Puisi
 

Kapal api kapitan Jerman,
     Teluk meneluk di Pulau Jawa;
Hitam manis perubuh budiman,
     Putihlah kuning pembalut nyawa.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan berikutnya ; 1. Plastik pembungkus makanan 2. Pembungkus makanan plastik 3. Kertas pembalut hadiah 4. Pembalut hadiah kertas Yang manakah betul ? Jika semuanya betul, apakah perbezaannya ?Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. Sekiranya tuan ingin menekankan "plastik", maka "Plastik pembungkus makanan" patut digunakan. Begitu juga sebaliknya.Tatabahasa03.03.2015
Apakah istilah sesuai untuk medical dressing? Dressing dalam data PRPM ialah pembalut, manakala bandage juga diterjemahkan sebagai istilah sama sedangkan kedua-duanya berbeza.Kedua-dua perkataan bahasa Inggeris, medical dressing dan bandage digunakan dalam istilah perubatan.  Istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk medical dressing ialah pembalut perubatan, sementara bandage ialah pembalut.  
Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Istilah29.06.2022
Adakah betul nama alat yang digunakan oleh orang yang terseliuh, iaitu 'kain pembalut elastik'?​Mohon berikan terjemahan dalam bahasa Inggeris agar kami dapat memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi alat yang dimaksudkan. Hasil carian melalui Google menyatakan bahawa pembalut elastik perubatan digunakan bagi rawatan vena varikos untuk pemulihan selepas terkehel pergelangan kaki, dan kecederaan lain.
Istilah02.06.2021
salam, apakah terjemahan bagi 'Bubble wrap'? terima kasihPadanan istilah dalam bahasa Melayu bagi bubble wrap ialah pembungkus gelembung/pembalut gelembung.


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain19.11.2021
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu bagi "duct tape"?Bagi istilah ini masih belum ada di dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami. Cadangan bagi istilah duct tape ini dengan berdasarkan konsepnya yang membalut istilah yang sesuai dalam bahasa Melayu ialah "Pita Pembalut".Penyemakan dan penterjemahan04.12.2015
Salam hormat. Mohon cadangan istilah yang sesuai bagi perkataan yang berikut: 1) Lithium cooper recloser, 2) 6-line recloser battery, 3) Battery with wire leads, 4) Lithium coin blister card/pack, 5) Battery pack assembly (process of integrating modules into metal or carbon-fiber composite enclosures that incorporate power, charging and temperature management features). Terima kasih.Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut:

1. Pembalut Tembaga Litium
2. Pembalut Bateri 6 Garisan
3. Bateri dengan Wayar Kabel
4. Pek/Kad Gelumbung Bulatan Litium
5. Himpunan Pek Bateri

Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini adalah bergantung pada kesesuaian dan  konteks penggunaan tuan.
Lain-lain07.01.2021
Salam sejahtera 1) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk menyimpan di dalam fail. 2) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail. 3) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk saya menyimpan di dalam fail. 4) Sebuah helikopter sedang berlalu di atas rumah saya. 5) Saya membawa murid-murid saya untuk mereka menyertai pertandingan ini. 6) Dalam berapa lamakah puan boleh menyiapkan kerja-kerja pemasakan pesanan saya. 7) Dimanakah tempat pencucian tangan? 8) Semua kedai buka atau terbuka pada hari Ahad. 9) Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan luka. 10)Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan pembalut luka. Adakah ayat-ayat di atas betul?Ayat yang betul ialah "Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail" Tatabahasa08.01.2022

Kembali ke atas