Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.bang.kang] | ڤمبڠکڠ

Definisi : 1. orang yg membantah (melawan, menentang): parti-parti ~ mencela tindakan kerajaan; 2. ark orang yg merintangi kemajuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.bang.kang] | ڤمبڠکڠ

Definisi : orang yg membangkang; pembantah: Akhir-akhir ini, beberapa buah parti ~ telah bersetuju dgn tindakan kerajaan utk mengadakan kerajaan campuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembangkang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
loyal oppositionpembangkang setiaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan seseorang atau organisasi yang berkhidmat sebagai pembangkang kepada kerajaan atau sesuatu parti, berasaskan kepada nilai-nilai demokrasi yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Pendirian ini berpegang kepada betapa pentingnya kedudukan pembangkang dalam memeriksa perjalanan kerajaan atau mungkin juga kerana faktor peribadi seperti pernah ditewaskan dalam pilihan raya sebelum ini. Pembangkang setia ini menjalankan tugasnya dengan baik dan komited serta dikenali dalam negaranya dengan imej pembangkang. Contoh pembangkang setia ialah Lim Kit Siang dan DAP di Malaysia.
opposition coalitiongabungan pembangkangSains PolitikPolitik PerbandinganPakatan antara beberapa parti pembangkang yang dibentuk untuk menambah kekuatan bagi menyaingi parti pemerintah. Gabungan seperti ini bersifat kerjasama dan tidak menggugat identiti parti masing-masing. Gabungan ini dibentuk kerana parti pembangkang mempunyai sentimen dan kepentingan yang sepunya. Gabungan ini membolehkan kerusi yang dimiliki oleh pembangkang menjadi lebih besar. Contoh, gabungan pembangkang seperti parti Congress (O), Sosialis dan Jana Sangh yang membentuk gabungan Janata di India pada tahun 1977 dan telah menjatuhkan pemerintahan Congress (I).
opposition partyparti pembangkangSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik bukan kerajaan yang bergerak untuk bersaing dengan parti pemerintah, menyemak perjalanan pentadbiran kerajaan dan berusaha mendapatkan kuasa pemerintahan. Konsep parti pembangkang tidak sahaja terbatas kepada parti yang memiliki kerusi di dewan perwakilan tetapi juga parti pembangkang yang tidak memiliki sebarang kerusi perwakilan. Parti pembangkang juga boleh bergerak secara sendirian atau gabungan. Contohnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Rakyat Malaysia.
shadow cabinetkabinet bayanganSains PolitikPolitik PerbandinganKabinet yang dibentuk oleh sekelompok pemimpin parti pembangkang yang bertanding dalam pilihan raya bagi menggantikan kabinet sebenar kerajaan apabila mereka menang dalam pilihan raya yang menjelang. Kabinet bayangan merupakan satu usaha persediaan awal yang menjadi harapan kepada parti pembangkang untuk menangani keadaan sekiranya mereka menang dalam pilihan raya tersebut. Kabinet ini sedia membahagikan portfolio atau tugas masing-masing supaya tidak berlaku salah faham atau perebutan sekiranya mereka berjaya dalam pilihan raya itu. Kabinet ini biasanya dipimpin oleh ketua parti pembangkang. Contohnya, ketua parti pembangkang Great Britain sudah bersedia dengan senarai kabinet bayangan bagi menghadapi pilihan raya umum negara tersebut.
oppositionpembangkangUndang-undangTiadaTiada
loyal oppositionpembangkang setiaSains PolitikTiadaTiada
political oppositionpembangkang politikSains PolitikTiadaTiada
loyal oppositionpembangkang setiaSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
political oppositionpembangkang politikSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
opposition coalitiongabungan pembangkangSains PolitikTiadaTiada
12345

Kembali ke atas