Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.ngu.nan] | ڤمباڠونن

Definisi : 1. perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, perkembangan, dsb); 2. usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan): ~ luar bandar; ~ sistem; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.ngu.nan] | ڤمباڠونن

Definisi : perbuatan, cara dsb membangunkan sesuatu: ~ luar bandar; ~ masjid itu telah memakan masa dua tahun (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembangunan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
balanced developmentpembangunan seimbangPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha pembangunan menyeluruh yang mengimbangi antara keperluan manusia dengan keperluan untuk melindungi persekitaran. Pembangunan seimbang merangkumi pembangunan fizikal dan material, rohani dan jasmani demi kesejahteraan sejagat secara holistik. Pembangunan ini turut melibatkan pembangunan politik, pembangunan ekonomi, kesaksamaan sosial, penjagaan kualiti alam sekitar, pemuliharaan sumber, pembangunan bandar dan luar bandar dan sebagainya. Pembangunan seimbang biasanya akan melibatkan peruntukan yang besar bagi menjamin kelangsungan yang sempurna.

aspect-oriented software developmentpembangunan perisian berorientasikan aspekTeknologi MaklumatPerisianPendekatan pembangunan perisian yang menggabungkan pembangunan berasaskan komponen dan pembangunan umum yang melibatkan saling pemangkasan. Saling pemangkasan yang dikenal pasti dalam pembangunan perisian ini dikenali sebagai aspek. Satu atur cara yang khusus akan meneliti aspek ini dan meletakkannya pada lokasi yang bersesuaian dalam atur cara tersebut.
urban infillpembangunan pengantaraanKesenianSeni BinaPembangunan sesuatu tapak di kawasan persekitaran yang telah dimajukan atau pembangunan semula sesuatu bangunan yang telah ditinggalkan, atau pembangunan baharu untuk kawasan yang telah ketinggalan dari arus pembangunan. Contohnya, pembangunan rumah kedai yang telah hampir roboh di kawasan kedai-kedai lain yang berhampiran.
mixed-use developmentpembangunan guna campurKesenianSeni BinaKaedah pembangunan yang menggabungkan aspek pembangunan kediaman dengan aspek komersial. Penggabungan ini melibatkan pembangunan kediaman dan komersial yang dizonkan mengikut kegunaan. Kawasan bandar, subbandar atau perumahan yang menggunakan pembangunan bercampur dapat menyesuaikan fungsi-fungsi fizikalnya secara bersepadu. Contohnya, pembangunan di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur yang padat dengan bangunan kormersial, masih mempunyai zon-zon kediaman yang hanya menggunakan laluan pejalan kaki sebagai penghubung.
polarized developmentpembangunan berkutubSosiologiTiadaPembangunan berkutub: Bentuk pembangunan yang bertumpu di pusat pembangunan.
regional developmentpembangunan wilayah; pembangunan serantauGeografiTiadaPertumbuhan ekonomi dan kebudayaan di dalam sesuatu kawasan.
interim developmentpembangunan sementara/pembangunan interimGeografiTiadaTiada
regional developmentpembangunan wilayah; pembangunan serantauSains PolitikTiadaTiada
interim developmentpembangunan sementara/pembangunan interimKesenianTiadaTiada
development planpelan pembangunan; rancangan pembangunanGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas