Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ban.tah] | ڤمبنته

Definisi : 1. orang yg membantah; 2. suka membantah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ban.tah] | ڤمبنته

Definisi : orang yg (suka) membantah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembantah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
persistent objectorpembantah berterusanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaNegara yang menyanggah sesuatu amalan negara lain secara berpanjangan, tanpa gagal. Walaupun amalan tersebut pada akhirnya menjadi undang-undang adat antarabangsa yang mengikat semua negara, tetapi undang-undang adat antarabangsa tidak akan mengikat negara pembantah berterusan tersebut. Tiada kewajipan antarabangsa yang boleh diberikan kepada sesebuah negara tanpa persetujuan negara berkenaan kerana semua negara merupakan entiti yang berdaulat. Sekiranya sesebuah negara tidak membantah sesuatu amalan negara lain, maka tindakan berdiam diri boleh dianggap sebagai menyatakan persetujuan secara tersirat. Contoh negara pembantah berterusan ialah Norway dalam kes Anglo-Norwegian Fisheries yang diputuskan pada tahun 1951. Dalam kes ini, Norway menggunakan garis pangkal lurus untuk menetapkan perairan wilayahnya. Britain mendakwa Norway telah melanggar undang-undang adat antarabangsa kerana tidak menggunakan garis pangkal normal yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Kesannya, perairan wilayah Norway menjadi lebih luas. Mahkamah Keadilan Antarabangsa menolak hujah Britain kerana Norway ialah negara pembantah berterusan ketika garis pangkal normal sedang dalam proses menjadi salah satu adat antarabangsa.
persistent objector ruleperaturan pembantah berterusanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSyarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh sesebuah negara yang membantah supaya tidak terikat dengan sesuatu amalan negara-negara lain yang menjadi undang-undang adat antarabangsa. Terdapat dua syarat yang perlu dipatuhi. Syarat pertama ialah bantahan hendaklah dikekalkan dari awal amalan itu mula dilakukan, sehingga ia menjadi undang-undang adat antarabangsa dan berterusan sepanjang masa. Syarat berikutnya ialah bantahan hendaklah dibuat secara tetap. Syarat-syarat ini terkandung dalam peraturan yang dibuat oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes Anglo-Norwegian Fisheries. Lihat juga pembantah berterusan.
objectorpembantahUndang-undangTiadaseseorang pemilih yang membantah kemasukkan namanya atau nama seeorang lain di dalam daftar pemilih.
conscientious objectorpembantah ikut nuraniUndang-undangTiadaSeseorang yang tidak mahu berkhidmat dalam angkatan tentera kerana menetang penglibatan dalam peperangan atas dasar moral, agama atau kepercayaan.
revising officerpegawai penyemakUndang-undangTiadaPegawai yang mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan yang dibuat oleh mana-mana pihak penuntut atau pembantah atau mana-mana orang yang mengenainya bantahan telah dibuat yang tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai pendaftar.

Kembali ke atas