Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang (alat dll) yg membantu, penolong: anaknya seorang sahajalah yg merupakan ~nya; ~ perubatan orang yg bertauliah (biasanya lelaki) yg membantu doktor di hospital, klinik, dsb; ~ rumah seseorang, biasanya perempuan, yg bekerja di rumah orang utk membuat kerja spt mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak dll, orang gaji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg membantu; penolong: Di kedainya, Ali mempunyai dua orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembantu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
assistant photographerpembantu jurufoto/pembantu fotograferKomunikasi MassaTiadaTiada
prompterpembantu ingatKesenianDrama dan TeaterIndividu yang berperanan membantu pelakon mengingat sesuatu dialog dalam persembahan teater. Pembantu ingat akan berbisik atau memberikan isyarat tertentu untuk membantu pelakon mengingati dialog. Pembantu ingat perlu sentiasa memegang dan menyemak skrip serta berada di sayap kiri atau kanan pentas.
commispembantuPentadbiran PerniagaanTiadaPembantu restoran.
prompterpembisik; pembantu ingatKesusasteraanTiadaPembantu pentas yang membantu mengingatkan dialog para pelakon ketika persembahan sesebuah drama sedang berjalan.
life linesmanpembantu penyelamKejuruteraanTiadaPembantu yang menjaga tali keselamatan penyelam selagi penyelam berada dalam air, membantu untuk menurunkan penyelam dan menariknya naik apabila diisyaratkan supaya berbuat demikian.
secondkedua; saat;pembantuSukanTiadaPembantu: Orang yang membantu petinju pada waktu rehat antara pusingan dan pada masa pertandingan.
swabbing assistantpembantu jurucalitKesihatan AwamTiadaLihat pembantu jurucalit.
swabbing assistantpembantu jurucalitKesihatan AwamTiadaLihat pembantu jurucalit.
chair side assistantpembantu di sisi kerusiPerubatanTiadaPembantu pergigian yang bertanggungjawab membantu pesakit semasa rawatan, radiografi dan pemberian pendidikan kesihatan pergigian.
seconds outpembantu keluarSukanTiadaArahan daripada juruacara supaya pembantu petinju beredar dari gelanggang lima 5. saat sebelum masa rehat tamat.
12345678910...

Kembali ke atas