Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ba.wa.an] | ڤمباواءن

Definisi : 1. = bawaan sifat semula jadi: susah hendak mengubah ~ semula jadi; 2. perihal membawa: ~ barang-barang itu dilakukan pd malam hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ba.wa.an] | ڤمباواءن

Definisi : 1 perbuatan (hal, cara dsb) membawa atau membawakan. 2 sifat (tabiat dsb) seseorang sejak lahir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembawaan

Peribahasa

Biarpun kucing naik haji,
     pulangnya mengeong juga.

Bermaksud :

Pembawaan yang tidak dapat diubah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada terlihat di dalam buku teks tahun 4, perkataan "bawa", kata imbuhan pen + an = pembawaan. Soalan saya bagaimana nak terangkan pada anak2 imbuhan pen + bawa + an = pembawaan ? Adakah kata imbuhan "pem" wujud ? Sekian, terima kasih.Menjawab soalan saudara, imbuhan peN-...-an menjadi pem-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b, dan perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf-huruf b, f, dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf p dan b. Contohnya seperti pembawaan , pembacaan dan juga pembajakan. Bagi membantu saudarai mendapat penerangan terperinci berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan muka surat 121.Tatabahasa03.04.2007
Adakah perkataan "as a result carry over from raw materials or other ingredients" yang diterjemahkan sebagai "berikutan pembawaan masuk daripada bahan mentah atau ramuan lain." dalam ayat di bawah ini tepat. Kami bercadang untuk menterjemahkannya sebagai "disebabkan dibawa masuk bahan mentah atau ramuan lain". Adakah perkataan "daripada" yang ditinggalkan dalam cadangan terjemahan ini dibolehkan. 389.(5) No food additive, other than those specified in column (1) of Table II to the Twenty-first Schedule, shall be present in infant formula as a result of carry over from raw materials or other ingredients. 389.(5) Tiada suatu pun aditif makanan, selain daripada aditif makanan yang dinyatakan dalam ruang (1) Daftar II kepada Jadual Kedua Puluh Satu, boleh didapati dalam rumusan bayi berikutan pembawaan masuk daripada bahan mentah atau ramuan lain.

Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk ayat “389.(5) No food additive, other than those specified in column (1) of Table II to the Twenty-first Schedule, shall be present in infant formula as a result of carry over from raw materials or other ingredients.” ialah:





389.(5) Tiada bahan tambahan makanan, selain yang dinyatakan dalam lajur (1) Jadual II dalam Daftar Dua Puluh Satu, boleh didapati dalam rumusan bayi berikutan penambahan bahan mentah atau ramuan lain.
Makna18.07.2021
Salam DBP, saya merujuk kepada pantun dari buku Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu Edisi Kedua (2005). Pantun bernombor 242: Apa sebab bergelang paun Bambawaran gelang di kaki Apa sebab ke teraun-raun Pembawaan sudahlah di hati Ingin memohon pencerahan kepada istilah 'Bambawaran' di dalam pantun ini. Sudah lama mencari tetapi tidak berjumpa. Terima kasih.Berdasarkan semakan kami tidak ada maklumat tentang perkataan "bambawaran" dan hanya ditemukan dalam buku berkenaan. Carian di internet juga tidak menemukan sebarang maklumat.Tatabahasa10.03.2017

Kembali ke atas