Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.da.han] | ڤمبدهن

Definisi : perbuatan (proses dll) membedah: utk menyembuhkan penyakitnya, ia terpaksa menjalani ~; ~ itu mengambil masa tiga jam; ~ jantung terbuka pembedahan besar ke atas jantung pesakit dgn pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal semasa pembedahan itu; ~ kosmetik pembedahan yg dilakukan utk memperelok atau mempercantik penampilan, terutamanya rupa seseorang; ~ mikro mikrosurgeri; ~ plastik pembedahan utk mencantikkan atau memulih bentuk sesuatu struktur tubuh yg cacat, berpenyakit, atau kurang cantik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.da.han] | ڤمبدهن

Definisi : perbuatan atau cara membedah orang-orang sakit (utk menyembuhkannya): Utk menyembuhkan penyakitnya itu, ia terpaksa menjalani ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembedahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
laminectomylaminektomiPerubatanTiadaPembuangan lamina vertebra arkus untuk mendedahkan korda spina secara pembedahan; pembedahan ini dibuat untuk membuang tumor atau prolaps cakera antara vertebra atau untuk melegakan tekanan pada saraf spina.
periodontal knifepisau periodontiumPerubatanTiadaPisau pembedahan untuk pembedahan periodontium dan gingivektomi.
controlled hypotensionhipotensi terkawalPerubatanTiadaPenurunan tekanan darah arteri secara terkawal untuk mengurangkan pendarahan dan/atau memudahkan proses pembedahan. Kaedah ini sesuai dalam pembedahan major, seperti pembedahan spina, aneurisme, barah otak, kelenjar adrenal dan parotid. Teknik ini boleh dilakukan dengan menggunakan agen penyekat beta, agen vasodilator dan agen anestesia meruap. Contoh agen penyekat beta seperti esmolol dan labetolol, agen vasodilator seperti sodium nitroprusida dan gliserin trinitrat, dan agen anestesia meruap seperti halotana dan isoflurana. Sinonim hipotensi terancang.
elective surgerypembedahan elektifPerubatanTiadaPembedahan tidak mustahak yang ditentukan oleh pesakit dan pakar bedah, bukan merupakan pembedahan kecemasan.
bronchial blockerpenyumbat bronkusPerubatanTiadaAlat khas yang digunakan untuk menyumbat salah satu rongga bronkus semasa pembedahan paru-paru. Penyumbatan ini perlu untuk memastikan paru-paru yang dibedah mengecut. Alat ini digunakan semasa pembedahan kardiotorasik, seperti dalam pembedahan kanser paru-paru, kanser esofagus dan prosedur pembedahan torakoskopi bantuan video (VATS).
abdominal deliverykelahiran abdomenPerubatanTiadaKelahiran bayi melalui pembedahan abdomen. Sin: pembedahan Caesar
hypotensive anaesthesiaanestesia hipotensifPerubatanTiadaPemberian anestesia umum kepada pesakit untuk menurunkan tekanan darah. Anestesia hipotensif digunakan untuk mengurangkan perdarahan seperti semasa pembedahan otak dan spina, dan memudahkan pembedahan mikroskopik seperti semasa pembedahan telinga tengah. Sinonim hipotensi teraruh.
elective operationpembedahan elektifPerubatanTiadaPembedahan bukan kecemasan yang dilakukan terhadap pesakit yang berada dalam keadaan optimum mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pesakit yang status kesihatan kurang memuaskan akan diberikan rawatan bagi mencapai tahap kesihatan optimum sebelum dijadualkan semula untuk menjalani pembedahan.
dacryocystorhinos-tomydakriosistorinos-tomiPerubatanTiadaPembedahan untuk menghubungkan kantung lakrima ke dalam rongga hidung apabila berlaku halangan duktus nasolakrima. Pembedahan ini dikenali juga sebagai pembedahan Toti.
circulatory arresthenti edaran darahPerubatanTiadaKeadaan edaran darah dalam badan yang terhenti apabila fungsi jantung terhenti. Keadaan ini boleh berlaku disebabkan penyakit atau diinduksi dengan sengaja untuk memudahkan proses pembedahan, seperti pembedahan pintasan koronari, injap jantung, aorta torasik dan otak.
12345678910...

Kembali ke atas