Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembelauan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Fraunhofer diffractionpembelauan FraunhoferNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanSejenis pembelauan yang berlaku apabila nombor Fresnel kurang daripada satu. Nombor Fresnel ialah parameter yang menentukan kawasan kesan pembelauan. Perbezaan antara belauan Fraunhofer dan Bragg seperti dalam rajah. Sudut sinar jatuhan Fraunhofer selari dengan kedudukan sampel, manakala belauan Bragg sudut sinar jatuhan tidak selari.
diffraction X-raypembelauan sinar-XKimiaKimia AnalisisKaedah analisis spektroskopi yang melibatkan pembelauan atau penyerakan sinar-X oleh atom atau kekisi suatu bahan ketika sinaran itu melaluinya. Pembelauan ini menghasilkan satu spektrum yang menggambarkan struktur hablur molekulnya dan memberi maklumat tentang sama ada bahan-bahan itu bersifat hablur atau amorfus.
powder diffractionpembelauan serbukGeologiTiadaPembelauan sinar-x oleh sampel serbuk dan berhablur, biasanya dicerap dengan menggunakan kaedah kamera Debye-Scherrer, atau oleh difraktometer perekod.
Fraunhofer diffracftionpembelauan FraunhoferFizikOptikPembelauan yang sumber cahayanya dan tabir pencerap terletak pada jarak tak terhingga dari bukaan atau halangan.
Fresnel diffractionpembelauan FresnelFizikOptikPembelauan yang sumber cahayanya dan tabir pencerap terletak pada jarak yang terhingga dari bukaan atau halangan.
diffraction of soundpembelauan bunyiFizikTiadaPembelauan gelombang bunyi.
reflection high energy electron diffraction (RHEED)pantulan pembelauan elektron tenaga tinggi (REED)FizikNanoteknologiTeknik untuk mendapatkan maklumat struktur permukaan suatu bahan menggunakan kesan pantulan daripada pembelauan elektron tenaga tinggi. Dalam kaedah ini, alur elektron dituju kepada sampel pada sudut yang menghampiri sudut imbasan supaya elektron bergerak di sekitar permukaan dan tidak bergerak jauh ke dalam sampel. Teknik ini sensitif kepada struktur permukaan dan hasil corak pembelauan dipaparkan pada skrin yang bersalut fosfor.
diffractionpembelauanKimiaTiadaFenomena yang ditunjukkan oleh gelombang elektromagnet, bunyi dan elektron, yang terhasil daripada penyerakan gelombang oleh susunan sekata titik. Pembelauan berlaku apabila panjang gelombang sinaran lebih kurang sama dengan jarak yang memisahkan titik. Gelombang terserak mengganggu satu sama lain apabila bertembung semula, iaitu fasa yang sama bertembung menghasilkan gelombang terang, dan sebaliknya.
electron diffractionpembelauan elektronKimiaTiadaFenomena yang terjadi apabila elektron bertenaga tinggi mempunyai panjang gelombang yang hampir sama dengan jarak di antara atom. Pembelauan elektron sangat berguna untuk menentukan struktur molekul dalam fasa gas, dan juga untuk kajian permukaan dan lapisan tipis. Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini ialah sudut ikatan dan panjang ikatan.
diffraction of x-raybelauan sinar-xFizikTiadaKaedah analisis spektroskopi yang melibatkan pembelauan atau pergerakan sinar-x oleh atom atau kekisi suatu bahan ketika sinaran itu melaluinya. Pembelauan ini menghasilkan satu spektrum yang menggambarkan struktur hablur molekulnya dan memberi maklumat tentang sama ada bahan-bahan itu bersifat hablur atau amorfus.
12345678

Kembali ke atas