Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.li] | ڤمبلي

Definisi : 1. orang yg membeli: ada ~ datang ke rumahnya utk membeli sayur-sayuran; 2. alat (wang dll) utk membeli: wang itu utk ~ makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.li] | ڤمبلي

Definisi : 1 orang yg membeli: Sungguhpun banyak ~ yg membayar tunai, tidak kurang pula yg berhutang. 2 sesuatu (spt wang) yg digunakan utk membeli: wang ~ buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembeli


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
khiyar naqdpilihan wangPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan penjual dan pembeli yang membuat persetujuan semasa akad. Sekiranya pembeli tidak membayar wang dalam tempoh tertentu dan/atau penjual mengembalikan wang bayaran, maka jual beli tidak berlaku atau terbatal. Mazhab Hanafi dan Hambali berpendapat, khiyar ini merupakan satu cabang daripada khiyar syarat dan khiyar ini sah dalam tempoh tiga hari. Walau bagaimanapun, mengikut Muhammad bin al-Hassan al-Shaibani, pihak berakad bebas menetapkan tempoh. Khiyar ini akan terbatal disebabkan kematian pembeli, pembeli menguruskan barangan yang dibeli dengan menjualnya atau cara lain dalam tempoh khiyar sebelum harga dibayar, pembeli merosakkan produk yang dibelinya pada masa khiyar, dan pembeli telah menyebabkan kecacatan produk dan tidak boleh mengembalikan semula kepada penjual serta pada waktu itu bayaran belum dijelaskan. Penjual diberi pilihan sama ada mengambil semula produk atau tidak, tetapi berhak meminta bayaran penuh.
two-tier istisnaistisna’ dua tahapEkonomiEkonomi IslamBentuk perjanjian jualan yang melibatkan pembeli, bank dan kontraktor. Pembeli meminta bank membiayai pembelian suatu barangan dengan spesifikasi tertentu melalui satu akad istisna’. Harga dalam akad ini ditangguhkan dan dibayar secara ansuran dalam tempoh yang dipersetujui. Kemudian, bank membuat akad istisna’ lain dengan kontraktor untuk menghasilkan barangan berkenaan seperti spesifikasi yang ditentukan oleh pembeli. Pembayaran harga kepada kontraktor dibuat secara berkala mengikut kemajuan penghasilan barangan, manakala pembeli mendapatkan pembiayaan mengikut amaun yang dibayar kepada kontraktor.
call optionopsyen panggilanEkonomiEkonomi IslamAkad yang memberikan hak kepada pembeli untuk membeli saham pada harga tetap dalam tempoh tertentu. Pembayaran bagi pembelian tersebut boleh dilakukan secara tertangguh untuk memberi peluang kepada pembeli membuat pembayaran sebahagian harga yang dipersetujui dan pembeli diberi masa untuk membuat keputusan sama ada membeli atau membatalkan akad tersebut. Sekiranya pembeli memutuskan untuk meneruskan pembelian, pada akhir tempoh tersebut pembeli akan menjelaskan baki harga saham. Sebaliknya sekiranya pembeli membatalkan pembelian, bayaran yang telah dibuat akan diambil oleh penjual. Opsyen dalam konteks ini hanya merujuk kepada pembeli sahaja, tidak kepada penjual. Contohnya, waran panggilan.
khiyar ‘aibkhiyar barang rosakPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pembeli sekiranya terdapat kerosakan atau kecacatan pada produk. Kecacatan hendaklah berlaku sebelum atau semasa akad dan pembeli tidak mengetahui kerosakan tersebut. Sekiranya pembeli mengetahui terdapat kerosakan tetapi masih meneruskan pembelian, maka pembeli tidak mempunyai hak untuk menamatkan akad atau meminta diskaun.
caveat emptorcaveat emptorPentadbiranTiadaPerkataan Latin yang bermakna, Berhati-hatilah wahai si pembeli, yang mengingatkan pembeli supaya memeriksa dengan teliti setiap pembelian.
information disclosurededahan maklumatEkonomiTiadaPenyampaian maklumat tentang keluaran dan piawaiannya kepada bakal pembeli dengan tujuan membuat pembeli itu lebih mengetahui, yakin dan mudah membuat keputusan untuk membelinya.
contract farmingperladangan kontrakPertanianAgroteknologiSistem pengeluaran pertanian yang melibatkan perjanjian antara petani atau pengeluar hasil pertanian dengan pembeli hasil pertanian. Pembeli menyatakan syarat-syarat yang perlu diikuti oleh petani seperti penggunaan benih dan kualiti hasil, dan berjanji membeli hasil dengan harga yang ditetapkan jika syarat dipenuhi. Satu contoh perladangan kontrak ialah syarikat Nestle yang membuat perjanjian dengan pengeluar cili supaya cili yang berkualiti dapat diperoleh oleh syarikat itu untuk perusahaan sos cili. Syarikat akan membekalkan benih dan input lain dan berjanji untuk membeli hasil dengan harga yang ditetapkan jika memenuhi spesifikasi. Kaedah perladangan kontrak memberi jaminan pasaran kepada petani yang juga tidak perlu mengeluarkan modal sendiri.
istisna salejual beli istisna’EkonomiEkonomi IslamAkad tempahan barang pembuatan yang memerlukan pembeli menentukan jenis dan spesifikasi barangan tersebut. Harga boleh dibayar sama ada pada masa akad dilakukan atau pada masa penyerahan barangan. Akad ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pembeli dan penjual, iaitu pembeli tidak menanggung beban kenaikan harga dan penjual pula boleh memperoleh tunai lebih awal. Sinonim bai‘ istisna’.
deferred salebai‘ salamEkonomiEkonomi IslamAkad jual beli yang menghendaki pembeli mendahulukan harga dan penjual menangguhkan penyerahan barangan bagi suatu tempoh tertentu. Harga, jenis, sifat, kuantiti dan tempat serta tarikh penyerahan ditentukan semasa menandatangani akad. Akad ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pembeli dan penjual, iaitu pembeli tidak menanggung beban kenaikan harga dan penjual pula memperoleh tunai lebih awal. Contohnya, akad ke hadapan Islam. Sinonim jual beli salam.
media buyerpembeli mediaKomunikasiKorporatPihak yang terdiri daripada pelaksana, pengawas, dan penilai perancangan media yang berfungsi untuk menyediakan maklumat, memilih, merundingkan kos, dan mengawasi pemilihan media. Mereka juga bertanggungjawab dalam menilai keberkesanan pemilihan media selepas sesuatu kempen media dijalankan. Contoh pelaksanaannya ialah pembeli media akan berunding dengan pihak media cetak atau elektronik untuk mendapatkan potongan harga ruang iklan. Kemudian pembeli media akan menjual masa yang dirundingkan itu kepada pihak pengiklan. Apabila iklan telah tersiar, pembeli media akan menilai dan mengenal pasti sama ada iklan tersebut tersiar dan berkesan seperti yang dirundingkan. Contoh seterusnya ialah pembeli media sebagai pelanggan yang akan mengadakan perundingan dengan wakil media untuk memilih wakil media yang berupaya dan berwibawa mewakilinya sebagai pengiklan. Dalam perundingan tersebut, wakil media perlu bersaing untuk membuktikan keupayaan dan kewibawaan masing-masing melalui sokongan hujah dan fakta statistik untuk menguasai khalayak.
12345678910...

Kembali ke atas