Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.rat] | ڤمبرت

Definisi : benda (spt batu, timah, dsb) utk memberatkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.rat] | ڤمبرت

Definisi : sesuatu atau benda yg memberati atau memberatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
curtain weightpemberat langsir; pemberat tabir; pemberatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Prony brakebrek PronyKejuruteraanTiadaDinamometer penyerapan yang terdiri daripada sepasang bongkah geseran yang terbolt di antara kedua-duanya pada gelendong brek, dengan kilas yang diserap diimbangi pemberat-pemberat di hujung lengan kilas yang terlekat pada bongkah-bongkah berkenaan.
diving weightpemberat selamPerikananTiadaPemberat yang dilekatkan pada tali pinggang penyelam bagi memudahkan penyelam tenggelam di dalam air. Jumlah pemberat disesuaikan mengikut daya apungan penyelam dan saiz tangki skuba. Penyelam yang berbadan besar biasanya mempunyai daya apungan positif, oleh itu pemberat selam dalam kuantiti yang banyak diperlukan bagi membolehkannya tenggelam. Sinonim pemberat pinggang.
Arlesey bombpemberat gerakPerikananTiadaPemberat berbentuk buah pear, yang mempunyai kili yang boleh dilalui tali. Pemberat ini berfungsi untuk menenggelamkan umpan dan mengelakkan ikan daripada mengesan rintangan pada pemberat. Sinonim ladung Arlesey.
lead pelletpemberat plumbumPerikananTiadaPemberat yang diperbuat daripada plumbum. Pemberat ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz.
rolling legerpemberat berlubangPerikananTiadaPemberat yang berbentuk bebola berlubang bagi membolehkan tali pancing melaluinya dan tenggelam di dasar sungai. Pemberat ini membolehkan aktiviti memancing dilakukan di kawasan dasar sungai yang luas.
counterweightpemberat imbangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPemberat yang diletakkan pada aci engkol, yang bertentangan dengan setiap cemat engkol. Pemberat ini digunakan untuk mengurangkan getaran dan beban pada galas.
weightbeltpemberat pinggangPerikananTiadaLihat pemberat selam.
message weightpemberat mesejKomunikasiKorporatJumlah kasar mesej pengiklanan yang disalurkan oleh sesuatu saluran dalam sesuatu jadual rancangan. Pemberat mesej dikenali juga sebagai tanggapan kasar dan titik penarafan kasar. Kekuatan mesej boleh dilihat dari segi saiz keseluruhan khalayak yang terdedah kepada sesuatu set iklan atau sesuatu kempen. Proses pendedahan ini juga dikenali sebagai peluang tontonan. Jumlah khalayak yang terdedah kepada sesuatu rancangan pada suatu tempoh menentukan kekerapan penyiaran sesuatu iklan. Tanggapan kasar dan titik penarafan kasar ini juga dikenali sebagai taburan mesej. Taburan mesej ditakrifkan sebagai tempat, tempoh, dan kekerapan iklan yang sepatutnya muncul melalui sesuatu saluran atau rancangan. Oleh itu, perancang media perlu memahami saiz khalayak dan pemberat mesej.
sinker barbatang pemberatKejuruteraanTiadaPemberat yang disambungkan pada alat talian dawai untuk memudahkan penurunan alat berkenaan ke dalam telaga.
12345678910...

Kembali ke atas