Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.ri.ta.huan] | ڤمبريتاهوان

Definisi : 1. perihal memberitahukan, perbuatan (tindakan dsb) memaklumkan (mengumumkan dsb); 2. maklumat, kenyataan, pengumuman: ~ mesyuarat agung Persatuan Linguistik Malaysia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.ri.ta.huan] | ڤمبريتاهوان

Definisi : 1 perbuatan (hal dsb) memberitahu atau memberitahukan; pengumuman. 2 pernyataan utk memberitahu; maklumat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberitahuan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
notification validity periodtempoh kesahan pemberitahuanHerbaPeraturan dan PemasaranJangka masa sah sesuatu nota pemberitahuan bagi produk kosmetik. Di Malaysia, tempoh kesahan pemberitahuan produk kosmetik adalah selama 2 tahun. Pemegang pemberitahuan kosmetik bertanggungjawab memastikan tempoh kesahan pemberitahuan produknya di pasaran. Pembaharuan nota pemberitahuan hendaklah dilakukan tidak lewat dari sebulan sebelum tamat tempoh produk. Sinonim tempoh kesahan notifikasi.
notification numbernombor pemberitahuanHerbaPeraturan dan PemasaranNombor yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk menyatakan suatu produk kosmetik boleh dijual. Nombor pemberitahuan unik untuk setiap produk dan variannya (jika ada) seperti dalam format berikut: NOTyymmxxxxxK (y: tahun, m: bulan, x: nombor siri). Pemegang Pemberitahuan Kosmetik bertanggungjawab untuk memastikan kesahan nombor pemberitahuan produknya di pasaran. Nombor pemberitahuan sedia ada akan dikekalkan untuk pemberitahuan produk yang telah diperbaharui sebelum tarikh luput. Nombor pemberitahuan baharu akan diberikan untuk produk yang tidak diperbaharui dalam tempoh masa yang ditetapkan dan bagi produk yang telah mengalami perubahan yang memerlukan pemberitahuan baharu. Sinonim nombor notifikasi.
notification notenota pemberitahuanHerbaPeraturan dan PemasaranSijil beserta dengan nombor pemberitahuan untuk sesuatu produk kosmetik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kepada pemegang pemberitahuan kosmetik. Syarikat atau individu yang bertanggungjawab meletakkan produk kosmetik di pasaran tempatan harus mendapatkan nota pemberitahuan daripada Pengarah Perkhidmatan Farmasi melalui Bahagian Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) sebelum mengeluar, menjual, membekal, mengimport atau memiliki sebarang produk kosmetik. Sinonim nota notifikasi.
cosmetic notification validity periodtempoh kesahan pemberitahuan kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranJangka waktu yang ditetapkan untuk kesahan pemberitahuan produk kosmetik. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tempoh kesahan pemberitahuan kosmetik adalah selama 2 tahun. Pembaharuan hendaklah dibuat tidak lewat daripada satu bulan sebelum tamat tempoh berserta dengan yuran pemprosesan. Sinonim tempoh kesahan notifikasi kosmetik.
product information filefail maklumat produkHerbaPeraturan dan PemasaranSet dokumen yang mengandungi maklumat, sijil, dan data untuk tujuan audit pemberitahuan produk kosmetik. Pemegang pemberitahuan kosmetik bertanggungjawab menyediakan fail maklumat produk untuk diakses oleh pihak berkuasa apabila diperlukan.
cancellation of notificationpembatalan pemberitahuanHerbaPeraturan dan PemasaranTindakan memansuhkan pemberitahuan produk kosmetik dengan arahan bertulis oleh pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang produk kosmetik yang gagal mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Sinonim pembatalan notifikasi.
notified cosmetickosmetik diberitahuHerbaPeraturan dan PemasaranProduk kosmetik yang mempunyai nombor pemberitahuan dan masih dalam tempoh kesahan pemberitahuan. Sinonim kosmetik bernotifikasi.
cosmetic notification holderpemegang pemberitahuan kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat yang bertanggungjawab memasarkan produk kosmetik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan skop perniagaannya adalah berkaitan dengan produk kesihatan atau kosmetik. Pemegang pemberitahuan kosmetik tidak semestinya pemilik produk. Sinonim pemegang notifikasi kosmetik.
pawn auction noticenotis lelongan gadaianEkonomiEkonomi IslamPemberitahuan kepada orang ramai bahawa lelongan barang gadaian akan diadakan. Makluman ini dilakukan oleh syarikat pelelong berlesen dengan menampal notis di tempat yang sesuai. Pemberitahuan lelongan ini akan memuatkan maklumat seperti jenis barang gadaian, tarikh dan lokasi lelongan serta sebut harga.
cosmetic product notificationpemberitahuan produk kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranProses untuk mendapatkan nombor notifikasi sebelum produk kosmetik boleh dipasarkan. Menurut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, syarikat atau individu yang bertanggungjawab untuk meletakkan produk kosmetik di pasaran tempatan harus memaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum produk tersebut dikilangkan atau diimport. Pemberitahuan produk kosmetik perlu mematuhi Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia. Sinonim notifikasi produk kosmetik.
12345678

Kembali ke atas