Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.ron.ta/] | ڤمبرونتق

Definisi : 1. orang atau kumpulan yg memberontak, penentang kerajaan, dll: ia bekas ~ yg telah dibebaskan; 2. suka melawan (menentang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.ron.ta/] | ڤمبرونتق

Definisi : orang yg memberontak; orang yg melawan pihak berkuasa: Hampir semua ~ itu telah menyerah diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberontak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa soalan. 1) Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak. 2) Kampung itu banjir oleh sebab hujan lebat semalam. 3) Saya akan terus berkhidmat selagi diperlukan oleh masyarakat. 4) Kemalangan itu telah menyebabkan Ali lumpuh hingga terpaksa menggunakan kerusi roda. Adakah ayat-ayat di atas betul? Terima kasih.

Keempat-empat ayat tersebut betul:

1. Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak.

2. Kampung itu banjir oleh sebab hujan lebat semalam.

3. Saya akan terus berkhidmat selagi diperlukan oleh masyarakat.

4. Kemalangan itu telah menyebabkan Ali lumpuh hingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

Tatabahasa16.02.2022
Salam sejahtera tuan, adakah sungguhpun…namun kata hubung berpasangan? Oleh sebab itu, ayat ini betul? Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak. Jadi, jika namun dalam ayat ini ditukarkan kepada tetapi, ayat ini tidak betul kerana walaupun…tetapi bukan kata hubung berpasangan. Betulkah penjelasan ini?Perkataan "namun" mempunyai banyak maksud dan salah satunya ialah "tetapi". Oleh itu, penggunaan "namun" dan "tetapi" dalam ayat ini boleh digunakan bersilih ganti.Tatabahasa19.02.2022

Kembali ke atas