Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.ber.si.han] | ڤمبرسيهن

Definisi : 1. perbuatan membersihkan: ~ kawasan yg dilanda banjir; 2. perbuatan membersihkan (drpd pencemaran udara dll): ~ udara; 3. perbuatan membersihkan (hati), penyucian: ~ jiwa dgn cara bertapa; 4. perbuatan (tindakan, gerakan, dsb) membersihkan (anasir yg tidak baik): gerakan ~ di kawasan-kawasan yg disyaki menjadi sarang komunis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.ber.si.han] | ڤمبرسيهن

Definisi : perbuatan membersihkan: Abang saya bekerja di sebuah pusat ~ minyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembersihan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
creatinine clearancepembersihan kreatininaVeterinarPraklinikalUjian untuk menilai keupayaan ginjal menuras kreatinina daripada darah. Pembersihan kreatinina ditentukan daripada kepekatan kreatinina plasma dan kreatinina urin. Pembersihan kreatinina diperoleh daripada rumus berikut yang bergantung pada tempoh ujian dan berat badan: C = UvUc ml/min/kg Pc C : pembersihan kreatinina; Uv : isi padu urin; Uc : kepekatan urin; dan Pc : kepekatan plasma
fuzzingberserabutKesenianHiasan DalamanPerihal kesan serabut pada permukaan serat oleh fiber liar, pintalan benang atau bulu fiber yang terkeluar akibat pembersihan cara basah atau pembersihan cara biasa. Kesan ini boleh dibaiki dengan memotong lebihan tersebut semasa proses pembuatan oleh pembersih karpet yang profesional.
cleansingpembersihanPerubatanTiadaPembersihan gigi dari zarah dan puing makanan yang melekat pada permukaannya.
scrubbingpembersihanKejuruteraanTiadaPembersihan: Proses mencuci gas atau cecair dalam menara.
purgepembersihanKejuruteraanTiada3. Pembersihan: Mengenyah gas-gas baki daripada kelengkapan ujian keluaran ekzos.
caustic scrubbingpembersihan kaustikKejuruteraanTiadaPembersihan gas tercemar dengan menggunakan pembersih kaustik.
solvent cleaningpembersihan pelarutSosiologiTiadaPembersihan dengan menggunakan pelarut organik.
nitrogen purgingpembersihan nitrogenAeroangkasaTiadaPembersihan dengan menggunakan gas nitrogen.
interdental cleansingpembersihan antara gigiPerubatanTiadaPembersihan kawasan antara dua gigi pada arkus yang sama.
slum clearancepembersihan kawasan sesakSosiologiTiadaPembersihan kawasan sesak sama ada dengan penghapusan, pembiakan atau pemulihan kepada satu keadaan yang lebih selesa.
12345678910...

Kembali ke atas