Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah "memanda"? Contoh: "memanda menteri". Contoh lain: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153550625283673 . Terima kasih.Ejaan yang betul ialah mamanda, bahasa lama yang bermaksud panggilan yang hormat untuk pembesar-pembesar negeri (biasanya diucapkan oleh raja-raja) seperti mamanda menteri.Makna17.11.2015
Assalamualaikum 1) kata kerja tak transitif berpelengkap perlu letak keterangan(pelengkap) lpas kata kerja tu kan? saya agak keliru nak membezakan dengan kata kerja transitif aktif. contoh ayat: ...lantas 'menyemarakkan' gelombang keganasan.. ...pertahanan bagi 'menghadapi' serangan pihak Siam. Sejarah 'membuktikan' bahawa Kerajaan Patani... ...seorang pembesar negeri yang 'menaiki' takhta Patani... ayat2 ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 2) 'mengekang' boleh dipasifkan x? 3) adakah 'berbohong' itu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?1. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145.
2. Kata kerja mengekang boleh dipasifkan menjadi dikekang.
3. Perkataan berbohong tergolong dalam kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.  
Tatabahasa24.03.2012
Assalamualaikum Tuan, Saya ingin bertanya mengenai protokol semasa memulakan ucapan di perhimpunan pagi di sekolah. Ucapan permulaan untuk pengetua, adakah ucapan Yang berbahagia atau Yang Berusaha? dan seterusnya seperti Yang di hormati. Saya harap pihak tuan dapat menjelaskan kekeliruan ini, sekian terima kasih.Panggilan kehormat yang sesuai untuk orang yang dihormati termasuklah guru, ketua jabatan dan sebagainya ialah Yang Dihormati.
Rujukan kehormat Yang Berbahagia ditujukan kepada orang yang bergelar seperti penerima anugerah daripada sultan, pembesar negeri, kelulusan dlm pendidikan, mencapai jawatan keagamaan yang tinggi dan sebagainya. Rujukankehormat Yang Berusaha ditujukan kepada pegawai kanan kerajaan yang tidak mempunyai apa-apa gelaran.
Tatabahasa26.10.2012
Apakah panggilan kehormat yang betul bagi Pengetua, Guru Penolong Kanan. Selama ini kita guna Yang Berusaha tetapi ada pula pegawai jabatan yang memberitahu guru-guru bahawa panggilan yang betul bagi Guru Penolong Kanan ialah Yang Berbahagia. Saya rasa salah. Minta penjelasan. Terima kasih.Panggilan kehormat yang sesuai untuk orang yang dihormati termasuklah guru, ketua jabatan dan sebagainya ialah Yang Dihormati. Rujukan kehormat Yang Berbahagia ditujukan kepada orang yang bergelar seperti penerima anugerah daripada sultan, pembesar negeri, kelulusan dlm pendidikan, mencapai jawatan keagamaan yang tinggi dan sebagainya. Rujukankehormat Yang Berusaha ditujukan kepada pegawai kanan kerajaan yang tidak mempunyai apa-apa gelaran.Lain-lain18.01.2009
1. tolong jelaskan penggunaan 'yang' pada awal kata.Adakah 'yang' boleh digunakan pada awal kata ataupun tidak? 2. bolehkah menggunakan singkatan perkataan seperti tak dan nak serta ni untuk ucapan rasmi? kenapa? 3. bolehkah menggunakan bahasa tempatan dalam ucapan rasmi? contohnya adalah seperti berikut "orang Kedah kata dia mangkaq...kelakaq orangnya..."Jawapan 1:
"Yang" pada awal kata biasanya digunakan bagi rujukan kehormat untuk pembesar atau pemimpin negara.
Contohnya : Yang Amat Arif (Ketua Hakim Negara), Yang Amat Berbahagia (Tun dan Toh Puan), Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar). Bagi ayat biasa, perkataan "yang" tidak sesuai digunakan pada awal kata kerana perkataan  "yang" menuru Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kata penghubung untuk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan : rumah yang besar itu; orang yang sakit itu.

Jawapan 2:
Bagi ucapan rasmi atau berbentuk formal, perkatan "tak", "nak" dan "ni" tidak boleh digunakan dan biasanya digantikan dengan perkataan "tidak", "hendak" dan "ini" mengikut kesesuaian ayat. 

Jawapan3:
Tidak boleh menggunakan bahasa tempatan atau loghat negeri dalam ucapan rasmi.
Tatabahasa28.03.2013

Kembali ke atas