Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pem.be.sa.ran] | ڤمبسرن

Definisi : 1. perbuatan membesarkan (sesuatu): ~ tempat letak kereta; 2. perbuatan membesarkan (bilangan): ~ pasukan Bulan Sabit Merah; 3. perihal (proses) menjadi besar, proses membesar: ~ bahagian akar pokok; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pem.be.sa.ran] | ڤمبسرن

Definisi : hal (cara dsb) membesar atau membesarkan: Beliau telah memberikan perhatian yg lebih terhadap ~ angkatan bersenjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pembesaran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah "pembesaran" digunakan untuk orang? Misalnya, "Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang alam pembesaran Ahmad..." Terima kasih.Kata yang lebih sesuai ialah perkembangan yang meliputi mental dan fizikal.Lain-lain26.03.2007
PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN SUMBANGAN KEWANGAN BAGI MEMBIAYAI PROJEK PEMBESARAN SURAU... adakah ayat di atas boleh digunakan untuk tajuk suratTajuk yang lebih sesuai ialah "PERMOHONAN SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PROJEK PEMBESARAN SURAU".Tatabahasa03.09.2014
Tanaman secara SRI (system of Rice Intensification) merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan padi dengan mengubah sistem pengurusan pokok, tanah, air dan permakanan. Kaedah SRI menjadikan tanaman lebih sihat, tanah dan pokok yang lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar. Ia juga akan menjaga dan mewujudkan organisma dalam tanah.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda.

Tanaman secara SRI (system of Rice Intensification) merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan padi dengan mengubah sistem pengurusan pokok, tanah, air dan pemakanan. Kaedah SRI menjadikan tanaman lebih sihat, tanah dan pokok lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar serta menjaga dan mewujudkan organisma dalam tanah.
Tatabahasa14.10.2013
Apakah perkataan yang sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris ini iaitu grow out? Contoh: Ikan ketutu (Oxyeleotris marmorata) merupakan spesies ikan air tawar yang kurang mendapat perhatian penternak dalam menjalankan projek akuakultur sama ada melalui pengeluaran benih atau grow out.Kami mencadangkan perkataan "pembesaran secara semula jadi" sebagai padanan untuk "grow out" mengikut konsep dan konteks ayat yang diberikan.Penyemakan dan penterjemahan17.06.2020
sama ada ayat-ayat di bawah betul? 1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar. 2. Satu gagasan bagi (untul/demi) memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. 3. Pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan. 4. amalan saling kunjung-mengunjungi merupakan suatu amalan yang ,ulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan thelah mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia. 5. Preses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barang kecil kerana pada usia ini gemar memasukkan ke dalam mulut mereka.

Ayat yang betul ialah:

1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar.

2. Satu gagasan demi perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

3. Pelengkap kepada pendekatan yang sedia ada demi perpaduan dan kestabilan negara. - untuk ayat kedua dan ketiga rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 dan 277.

4. Amalan saling berkunjung (atau kunjung-mengunjungi) adalah amalan yang mulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia.

5. Proses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. Pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barangan kecil kerana pada usia ini kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka.

Tatabahasa17.02.2011
Tuan, adakah ayat di sebelah ini betul? 1. Kakitangan lain memanggilnya 'Phi Yam'. Saya memikirkan bahawa ayat ini salah kerana saya pernah membaca buku Tuntunan Bahasa Awang Sariyan dan memahami bahawa "memanggil" bermaksud mengucapkan atau menjeritkan nama seseorang supaya seseorang itu datang kepada pemanggil. "Memanggil" tidak bermaksud menggelar, seperti "dia dipanggil sebagai Si Bodoh" atau "benda itu dipanggil sanggul". Ayat-ayat sedemikian, menurut Prof. Awang Sariyan, harus dibetulkan kepada: "dia disebut/digelar sebagai Si Bodoh" dan "benda itu disebut sanggul". Betulkan keterangan saya? Jadi, harus dibetulkankah ayat di atas kepada: 1. (a) Kakitangan lain menyebutnya / menggelarnya 'Phi Yam'. ? atau 1. (b) Kakitangan lain menyebutnya / menggelarnya SEBAGAI 'Phi Yam'. (Perhatian: Pembesaran huruf, seperti "SEBAGAI" hanya untuk penegasan, tiada maksud lain.)

Ayat yang gramatis, Dia pernah mengenal gadis itukah? Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. 


Tatabahasa20.03.2015

Kembali ke atas